Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Indonesia julang Piala Thomas selepas hampir 2 dekad

Indonesia mengakhiri penantian selama hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 apabila membenam juara bertahan China 3-0 pada perlawanan akhir di Arena Ceres pada Ahad (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia julang Piala Thomas selepas hampir 2 dekad

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 08:13AM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 08:14AM

AARHUS: Indonesia mengakhiri penantian selama hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 apabila membenam juara bertahan China 3-0 pada perlawanan akhir di Arena Ceres pada Ahad (17 Okt).

Kejayaan tersebut menyaksikan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu dengan merangkul gelaran tersebut sebanyak 14 kali, dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Guangzhou, China selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada pusingan akhir.

China pula memenangi gelaran itu sebanyak 10 kali.

Pemain perseorangan nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting mengutip mata pertama Indonesia selepas ketinggalan set pertama sebelum menyingkirkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16 dalam pertarungan selama 76 minit.

“Pada set pertama tadi, saya sedikit gementar dan Guang Zu lebih banyak memberi tekanan dan lebih agresif. Tetapi saya berjaya keluar daripada tekanan pada set kedua dan ketiga, lebih tenang dan berjaya memutarkan keadaan.

“Saya pernah bertemu dengannya sebanyak dua kali sebelum ini tetapi ini merupakan pertemuan paling sukar. Sebenarnya saya bersedia untuk berjumpa dengan Shi Yu Qi dan Guang Zu kerana tidak pasti Yu Qi akan bermain pada Ahad selepas mengalami kecederaan semalam.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mampu mengatasi tekanan dan bermain dengan baik,” kata Ginting selepas perlawanan itu.

Dalam percaturan barisan pemain, Indonesia menurunkan beregu ketiga negara itu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto biarpun memiliki beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu nombor dua dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.

Bagaimanapun, beregu nombor tujuh dunia itu mampu melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 42 minit untuk menyumbang mata kedua dengan menewaskan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam straight set 21-12, 21-19.

Indonesia mengesahkan kejuaraan apabila pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie berentap selama 82 minit untuk membutirkan mata kemenangan 3-0 dengan mengalahkan pemain nombor 65 dunia, Le Shi Feng, 21-14, 18-21, 21-14.

Jonatan, yang dianggap wira pasukan dalam perlawanan itu, memuji rakan sepasukan atas kejayaan itu selain mengucap terima kasih rakyat Indonesia atas sokongan padu mereka.

“Pastinya sangat-sangat luar biasa kerana kali terakhir kita menjulang piala ini pada 2002, dan itu sangat-sangat lama, masa itu pemain perseorangan kita Taufik Hidayat masih bermain. Saya berasa inilah waktunya kita membawa kembali Piala Thomas ke tanah air,” katanya.

Indonesia mara ke peringkat akhir selepas menewaskan Malaysia 3-0 di peringkat suku akhir dan Demark 3-1 di separuh akhir manakala China menundukkan Thailand 3-0 di suku akhir dan menumpaskan naib Jepun 3-1 di peringkat separuh akhir.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan