Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Indonesia harap Sukan Asia dapat rangsang prestasi pasukan bola sepak negara

 Indonesia berharap dengan menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia, ia akan dapat merangsang prestasi pasukan bola sepak negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia harap Sukan Asia dapat rangsang prestasi pasukan bola sepak negara

Pasukan bola sepak bawah-23 tahun Indonesia (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Jul 2018 08:17PM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 08:20PM

JAKARTA: Indonesia berharap dengan menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia, ia akan dapat merangsang prestasi pasukan bola sepak negara itu dan menjadi pembakar semangat untuk melayakkan diri bagi Sukan Olimpik Paris 2024, menurut persatuan bola sepak negara itu.

Indonesia diharamkan daripada bola sepak antarabangsa pada 2015 selepas pemerintah negara itu didapati campur tangan dalam liga tempatannya, menyebabkan negara itu tidak diharamkan daripada Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

FIFA menarik balik larangan tersebut pada 2016, tetapi pasukan lelaki Indonesia kini menduduki tangga ke-164 dalam ranking dunia, antara Belize dengan Fiji. Ini meskipun bola sepak sangat popular di negara yang mempunyai lebih 250 juta penduduk.

"Sukan Asia merupakan satu titik permulaan dan PSSI (Persatuan Bola Sepak Indonesia) ingin mencapai lebih dari itu. Jika kami perlu menetapkan rancangan jangka pendek, ia adalah Sukan Olimpik 2024," kata Joko Driyono, timbalan pengerusi PSSI.

Menurut Driyono, PSSI dan pemerintah Indonesia komited dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang untuk memperbaiki infrastruktur bagi semua peringkat bola sepak. Ini bagi menyokong matlamat tersebut.

Bekas jurulatih Sepanyol bagi kategori bawah 21 tahun, Luis Milla, dilantik sebagai pengurus Indonesia pada awal 2017 bagi merombak pasukan negara.

Sukan Asia, yang dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September, dijangka menarik hampir 17,000 atlit dan pegawai serta lebih 100,000 penonton.

Pertandingan bola sepak dengan 24 pasukan lelaki yang menetapkan had usia bawah 23 tahun tetapi membolehkan sehingga tiga pemain yang berusia 23 tahun ke atas mengambil bahagian, akan berlangsung di empat stadium di wilayah Jawa Barat, sementara pertandingan wanita pula akan diadakan di Palembang di Sumatera.

"Tentunya, kami akan cuba untuk menang dan jadi juara tetapi matlamat utama kami adalah untuk menambat hati rakyat Indonesia melalui prestasi kami," kata pemain Indonesia, Ilija Spasojevic, kepada para wartawan.

Meskipun optimis, sesetengah peminat masih kurang yakin.

"Perkembangan bola sepak di Indonesia sangat lemah," kata Muhammad Ali, 49 tahun, selepas bermain bola sepak di bumbung bangunan yang terbiar di Jakarta.

"Sebagai sebuah pasukan nasional kami belum lagi mencapai potensi yang sebenar, belum pasti kami boleh jadi juara serantau, apatah lagi mengungguli ranking Asia?"

Sumber : Reuters/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan