Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Indonesia buat bidaan anjur Sukan Olimpik 2032

Indonesia membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032, menurut agensi berita negara itu pada Selasa (19 Feb), setelah mendapat pujian bagi penganjuran Sukan Asia tahun lalu, meskipun ia mungkin menghadapi persaingan dari India dan bidaan bersama oleh Korea Utara dan Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia buat bidaan anjur Sukan Olimpik 2032

Jakarta. (Gambar: Romeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 04:34PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 04:37PM

JAKARTA: Indonesia membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032, menurut agensi berita negara itu pada Selasa (19 Feb), setelah mendapat pujian bagi penganjuran Sukan Asia tahun lalu, meskipun ia mungkin menghadapi persaingan dari India dan bidaan bersama oleh Korea Utara dan Selatan.

Duta Indonesia ke Switzerland menyerahkan surat daripada Presiden Joko Widodo kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) minggu lalu.

"IOC mengiktiraf keupayaan Indonesia semasa Sukan Asia dan Sukan Paralimpik Asia 2018," menurut agensi berita Antara yang menukil Duta Muliaman D Hadad.

"Kami berasa ia adalah asas yang kuat."

Seorang pegawai kanan dalam kementerian penyelaras bagi pembangunan manusia dan budaya, Encik Gunawan, mengesahkan bidaan tersebut.

Sekiranya Indonesia memenangi bidaan sebagai tuan rumah Olimpik musim panas, ia akan menjadi negara Asia keempat yang akan melakukan demikian, setelah Jepun, China dan Korea Selatan.

IOC akan memilih hos 2032 menjelang tahun 2025.

Tokyo akan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Panas pada 2020, manakala Paris yang akan menganjurkan Olimpik 2024 dan Los Angeles mengesahkan akan menjadi tuan rumah acara itu empat tahun kemudian. 

Sumber : Reuters/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan