Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

India terlepas peluang anjur pertandingan menembak susuli keputusan IOC

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Khamis (21 Feb) membatalkan beberapa tempat bagi pertandingan sukan menembak Sukan Tokyo 2020 yang akan diadakan di India setelah tuan rumah acara itu enggan memberi visa kepada para penembak warga Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
India terlepas peluang anjur pertandingan menembak susuli keputusan IOC

Logo Olimpik. (Gambar: Sebastien Bozon/AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 10:00AM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 10:07AM

NEW DELHI: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Khamis (21 Feb) membatalkan beberapa tempat bagi pertandingan sukan menembak Sukan Tokyo 2020 yang akan diadakan di India setelah tuan rumah acara itu enggan memberi visa kepada para penembak warga Pakistan.

India turut menuduh Pakistan terbabit dalam serangan bom nekad di Kashmir minggu lalu yang mengorbankan 40 askar India dan berikrar akan "memulaukan" negara jirannya itu atas serangan tersebut.

"Keadaan tersebut melanggar Prinsip Asas Piagam Olimpik," menurut IOC dalam kenyataannya.

Meskipun sudah melaksanakan "usaha bersama pada saat-saat akhir" oleh IOC, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan India dan badan penyelia sukan menembak ISSF, namun "tiada huraian dicapai untuk membenarkan delegasi Pakistan memasuki India untuk bertanding," menurut IOC.

"Layanan adil mesti diberikan kepada semua atlit dan delegasi sukan di acara sukan antarabangsa, tanpa sebarang bentuk diskriminasi atau campur tangan politik dari tuan rumah pertandingan itu, menurut kenyataan tersebut.

Selain pertandingan menembak, IOC turut menggantung semua perbincangan mengenai penganjuran acara yang berkaitan Olimpik di India sehingga ia menerima "jaminan bertulis" daripada pemerintah India bahawa negara itu akan mematuhi peraturan IOC.

Menurut IOC, pihaknya juga sudah menasihati persekutuan-persekutuan sukan supaya "jangan memberikan atau menganjurkan acara-acara sukan di India selagi jaminan-jaminan yang disebut itu belum diperolehi."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan