Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ikhsan sarung jersi kelab bola sepak Norway; ikat kontrak 2 tahun dengan Raufoss IL

Pemain pasukan kebangsaan Ikhsan Fandi, 19 tahun, sudah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab bola sepak dari divisyen dua Norway, Raufoss IL, menurut laman kelab tersebut pada Ahad (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Ikhsan sarung jersi kelab bola sepak Norway; ikat kontrak 2 tahun dengan Raufoss IL

Ikhsan Fandi. (Gambar: Laman Raufoss)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 02:52PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 02:55PM

SINGAPURA: Pemain pasukan kebangsaan Ikhsan Fandi, 19 tahun, sudah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab bola sepak dari divisyen dua Norway, Raufoss IL, menurut laman kelab tersebut pada Ahad (13 Jan).

Anak lelaki kedua Fandi Ahmad itu sudah menjalani ujian dengan Raufoss selama seminggu.

Ikhsan juga turun padang bagi satu perlawanan latihan Raufoss semasa menentang sebuah kelab bola sepak dari divisyen pertama Norway semalam.

Ikhsan masuk padang pada minit ke-64 dalam perlawanan yang Raufoss kecundang 3-1.

Kontrak Ikhsan menjangkaui dua tahun dan ini disahkan oleh Raufoss di laman webnya.

Pemain penyerang Young Lions itu memainkan peranan utama bagi Singapura dalam kempen Piala AFF Suzuki tahun lalu, dengan menjaringkan dua gol.

Sebelum ini, Ikhsan pernah menjalani ujian dengan pasukan Groningen dari Liga Bola Sepak Belanda bersama abangnya Irfan pada tahun lalu.

Sumber : CNA/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan