Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ikhsan Fandi muncul wira, S'pura julang Piala Merlion

Ikhsan Fandi muncul wira selepas jaringan golnya pada minit ke-36 memastikan skuad bola sepak bawah 22 tahun (U22) Singapura merangkul Piala Merlion,  mengatasi Thailand 1-0 di Stadium Jalan Besar malam ini (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Ikhsan Fandi muncul wira, S'pura julang Piala Merlion

Ikhsan Fandi meraikan golnya selepas membantu Singapura mendahului Thailand semasa perlawanan Piala Merlion pada 9 Jun 2019. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 09 Jun 2019 11:07PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 11:09PM

SINGAPURA: Ikhsan Fandi muncul wira selepas jaringan golnya pada minit ke-36 memastikan skuad bola sepak bawah 22 tahun (U22) Singapura merangkul Piala Merlion, mengatasi Thailand 1-0 di Stadium Jalan Besar malam ini (9 Jun).

Ikhsan menjaringkan gol tersebut hanya lima minit selepas beraksi setelah menggantikan Daniel Goh pada minit ke-31.

(Gambar: Matthew Mohan)

Singapura bermain dengan cemerlang dan berjaya mempertahankan bentengnya sepanjang separuh masa kedua untuk mengekalkan keputusan 1-0 hingga ke akhir perlawanan.

Bermain di hadapan 3,477 peminat, skuad bimbingan jurulatih Fandi Ahmad itu mencatat sejarah dengan menjadi pasukan pertama memenangi pertandingan itu buat julung-julung kalinya sejak Piala Merlion diadakan pada 1982.

(Gambar: Matthew Mohan)

(Gambar-gambar: Matthew Mohan)

Pada 1985, pasukan Singa berkongsi kejuaraan dengan pasukan Olimpik Yugoslavia.

Kedua-kedua pasukan mara ke pusingan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing dengan selesa dalam separuh akhir pada Jumaat - S'pura 3, Filipina 0 dan Thailand 2, Indonesia 1. 

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan