Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ikhsan Fandi jaringkan gol penyamaan tentang Mauritius

Jaringan gol oleh Ikhsan Fandi pada separuh masa kedua perlawanan memastikan ayahnya dapat mengelakkan kekalahan dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih pasukan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikhsan Fandi jaringkan gol penyamaan tentang Mauritius

Ikhsan Fandi (tengah) semasa perlawanan menentang Mauritius (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 08:56AM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 09:00AM

SINGAPURA: Jaringan gol oleh Ikhsan Fandi pada separuh masa kedua perlawanan memastikan ayahnya dapat mengelakkan kekalahan dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih pasukan Singapura.

Pasukan itu akhirnya seri satu sama semasa menentang Mauritius dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Bishan pada Jumaat (7 Sep).

Mauritius menjaringkan gol hanya empat minit setelah perlawanan dimulakan menerusi tendangan Jonathan Justin. Ikhsan, 19 tahun, menyamakan jaringan pada minit ke-75 untuk pasukan Singa.

Fandi Ahmad, yang dilantik pada Mei oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebagai jurulatih sementara, akan memimpin pasukan negara bagi Piala Suzuki Perseketuan Bola Sepak ASEAN (AFF Suzuki) 2018 November ini.

Kali terakhir Singapura memenangi piala tersebut - yang dianjurkan dua tahun sekali - adalah pada 2012. Singapura belum pernah menang sebarang perlawanan pertandingan dalam hampir tiga tahun.

Pada perlawanan semalam Fandi menunjukkan beliau tidak gentar untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru. Pasangan Zulqarnaen dan Zulfadhmi Suzliman misalnya, diberi peluang pertama untuk bermain, meskipun pasukan Mauritius menduduki kedudukan yang 14 tangga lebih tinggi dalam ranking FIFA berbanding Singapura. Singapuramenduduki tempat ke-169.

Walaupun usia purata pasukan Singapura hanya 25 tahun, prestasi baik yang ditunjukkan semasa menentang pasukan Mauritius, yang bermain lebih agresif, mendapat pujian daripada Fandi.

"Pada saya semua orang bermain dengan baik. Saya gembira pasukan ini dapat bekerjasama walaupun baru ada empat atau lima sesi bersama," kata Fandi selepas perlawanan.

“Mereka tidak takut. Kita perlu yakin dan percaya bahawa merekalah pilihan pemain yang tepat."

Mengulas tentang Ikhsan pula, Fandi berkata: "Saya tumpang gembira kerana ini kali pertama beliau main dalam kesebelasan utama dan dapat menjaringkan gol."

“Dia belum pernah menjadi pemain kesebelasan utama dalam empat perlawanan antarabangsa (untuk Singapura) setakat ini, tapi hari ini dia menjaringkan gol dan ini meningkatkan keyakinannya."

Singapura mempunyai tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa - Fiji (11 Sep), Mongolia (12 Okt) dan Kemboja (16 Okt) sebelum menjalani kem latihan di Jepun sebagai persiapan untuk Piala Suzuki.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan