Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu 3 anak ini sudah terjun payung di tujuh benua termasuk Gunung Everest dan Antartika

Naila Novaranti, wanita Indonesia yang sudah melakukan aksi payung terjun di tujuh benua di dunia, tidak kenal erti gentar.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu 3 anak ini sudah terjun payung di tujuh benua termasuk Gunung Everest dan Antartika

Naila Novaranti sudah terjun payung di tujuh benua. (Gambar: Paul - Henry De Baere)

Diterbitkan : 02 May 2021 10:50PM Dikemas Kini : 02 May 2021 10:52PM

JAKARTA: Naila Novaranti, wanita Indonesia yang sudah melakukan aksi payung terjun di tujuh benua di dunia, tidak kenal erti gentar.

Kelasakan beliau telah membawanya keliling dunia dari Antartika hingga Gunung Everest.

Naila, 39 tahun, adalah atlit yang ditauliahkan oleh Persatuan Payung Terjun Amerika Syarikat (USPA) dan juga seorang instruktur payung terjun.

Beliau bahkan melatih warga am dan anggota tentera, baik tempatan mahupun asing.

“Saya cinta terjun bebas kerana anda benar-benar dapat melakukan gerakan apa pun tanpa khuatir anda akan melanggar jendela, kaca atau apa pun. Itulah yang sangat saya sukai. Dan saya suka langit, sangat seronok," kata Naila kepada CNA.

Naila sudah memenangi banyak pertandingan dan pernah melakukan terjunan di tujuh benua - Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Eropah, Australia, Afrika dan Antartika. Oleh kerana itu, beliau pun menerima penghargaan dari Muzium Rekod Dunia Indonesia tahun lalu.

Naila menjelaskan bahawa aksi payung terjun di berbagai belahan dunia bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan semua orang kerana rekomendasi dari penerjun yang lebih berpengalaman diperlukan, terutama bagi tempat-tempat seperti Gunung Everest dan benua Antartika.

“Antartika dan Gunung Everest adalah yang paling mencabar kerana cuacanya. Jadi saya sangat beruntung boleh melakukannya dalam waktu singkat,” katanya. Beliau terjun di Gunung Everest pada bulan November 2018 dan di Antarktika pada Disember 2019.

Naila Novaranti menakluki Gunung Everest pada hari ulang tahunnya pada November 2018. (Gambar: Paul - Henry De Baere)

Gunung Everest, yang ditakluki Naila pada hari ulang tahunnya, juga tidak mudah untuk dihadapi terutama kerana wanita itu belum pernah mendaki gunung sebelumnya. Beliau juga tidak tahan dengan cuaca sejuk.

“Anda harus mendaki. Anda tidak mendarat begitu sahaja di atas sana. Anda harus jalan ke atas.

“Mereka bilang kalau saya tidak kuat, saya selalu boleh patah balik. Tapi bagi saya? Berbalik bukan sebuah pilihan,” kata Naila.

Keadaan terutamanya sangat mencabar kerana beliau mengalami masalah dengan parasutnya akibat angin kencang ketika melompat. Beliau berdoa dengan bersungguh-sungguh dan mujur mampu mendarat dengan selamat.

“Duh, senang apabil sudah boleh pulang ketika mendarat (di Indonesia)," kata Naila.

“Doktor (yang menunggunya di Gunung Everest) berkata: 'Kami fikir kami akan membawa pulang beg jenazah' kerana angin di mana-mana."

Naila Novaranti terjun payung di Antartika pada Disember 2019. (Gambar: Christopher David Ings)

Setelah menakluki Gunung Everest, Antartika jadi tujuan lebih mudah bagi Naila.

“Semuanya sangat mudah. Memang tidak semudah itu kerana cuacanya ... Tapi anda benar-benar dapat melihat semuanya dari atas dan (pandangan anda) luas, tidak seperti bukit. Tidak seperti anda akan jatuh dari tebing.

“Itu datar. Anda hanya harus percaya diri dan berusaha agar semuanya aman."

DARI SETIAUSAHA KE PENJUAL PAYUNG TERJUN

Naila menjadi penerjun payung terjun secara tidak sengaja.

Setelah beliau tamat sekolah menengah pada tahun 2000, beliau belajar untuk menjadi seorang setiausaha dan kemudian bekerja di sebuah perusahaan minyak.

Pada tahun 2009, beliau beralih ke perusahaan payung terjun dan harus menjual payung terjun kepada orang ramai dan tentera.

“Saya bukan penerjun payung. Saya bahkan belum pernah terjun ketika itu. Jadi mereka seperti: 'Wah, kamu punya nyali (keberanian) untuk menjual ini kepada kami kerana jelas, kamu bukan penerjun payung. Apa yang anda tahu tentang parasut?’

"Saya tersedar bahawa itu sebenarnya merupakan penghinaan bagi seorang wanita. Ini seperti: 'Kamu seorang wanita, apa yang kamu tahu?’” katanya.

Secara tak diduga, majikan Naila menawarkan agar beliau belajar sukan payung terjun.

Wanita itu tertarik dan mencubanya ketika berada di Amerika Syarikat semasa kunjungan kerja bulanan ke pejabat pusat perusahaan.

Naila menyukainya meskipun awalnya beliau takut.

“Semua orang awalnya takut, saya juga takut. Mereka harus mendorong saya keluar dari pesawat berkali-kali. Antara saya dan pintu.

“Tapi begitu saya berada di luar sana, saya sangat senang,” katanya.

“Saya merasa senang sekaligus takut tapi saya benar-benar ingin melakukannya. Tapi yang menakutkan bagi saya adalah pendaratan kerana terasa seperti tanah mendekati anda sangat dekat.”

Setelah membuat lompatan yang ke-10 dalam empat hari, Naila mula melakukan terjunan seorang diri dan mendapatkan kepercayaan diri.

"Saya menyukainya. Terjun solo lebih baik kerana anda jatuh lebih lambat dibandingkan jika anda melompat berdua. Dan anda memiliki kendali penuh atas diri anda sendiri jika anda mengikuti semua aturan."

Hal tersebut menandakan bermulanya misi payung terjun Naila di pelbagai tempat di seluruh pelusuk dunia.

IBU ATLIT DENGAN TIGA ANAK

Naila Novaranti, wanita Indonesia yang sudah terjun payung di tujuh benua di dunia. (Gambar: Chris Ings)

Sepanjang 12 tahun lalu, Naila sudahpun terjun lebih 7,000 kali tatkala tempoh bekerja di perusahaan payung terjun.

Sejak dulu, beliau gemar bersukan seperti main bola sepak, bola keranjang dan badminton. Oleh kerana itu, beliau memiliki tubuh yang kuat.

Namun, bukan bererti beliau tidak pernah mengalami kemalangan.

"Saya pernah mengalami berbagai macam kecederaan, tapi saya teruskan," katanya sambil tertawa lalu menambah bahawa beliau pernah cedera tulang belakang dan patah lengan.

Naila mengaku kemalangan tersebut terjadi kerana beliau ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan tidak melompat mengikut aturan.

Untungnya, suami Naila yang juga salah seorang anak didiknya, mendukung keinginannya untuk terus melakukan aksi payung terjun. Bahkan, mereka pun kerap melakukan terjunan bersama.

Mereka mempunyai tiga anak berusia antara 11 hingga 18 tahun.

“Saya tidak suka menjadi nombor dua. Kalau harus, setidaknya saya sudah memberikan semua yang saya termampu,” ungkapnya.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan