Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ibrahimovic timbang sarung semula jersi Sweden

Zlatan Ibrahimovic sedang berbincang dengan ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson mengenai peluang untuk kembali mewakili pasukan kebangsaan negara itu, menurut Persatuan Bola Sepak Sweden pada Khamis (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Ibrahimovic timbang sarung semula jersi Sweden

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 10:04AM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 10:08AM

STOCKHOLM: Zlatan Ibrahimovic sedang berbincang dengan ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson mengenai peluang untuk kembali mewakili pasukan kebangsaan negara itu, menurut Persatuan Bola Sepak Sweden pada Khamis (26 Nov).

Berita itu dimaklumkan hanya sehari selepas pemain berusia 39 tahun itu yang bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia 2016, membayangkan kesediaannya untuk menyarung jersi pasukan negaranya sekali lagi.

FA Sweden menyatakan, Janne Andersson sudah mengadakan rundingan dengan Ibrahimovic bagi membincangkan kemungkinan itu selepas pemain veteran itu mempamerkan prestasi yang cemerlang bersama pasukannya AC Milan.

Beliau mendahului senarai penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol musim ini, menyumbang lebih separuh daripada jaringan keseluruhan Milan sebanyak 19 gol.

"Apabila Zlatan membuka pintu untuk mewakili pasukan negara sekali lagi, maka penting untuk kita berjumpa dengannya dan membincangkannya secepat mungkin," kata Andersson dalam kenyataannya.

"Pertemuan itu berjalan lancar dan membuahkan hasil dan kami bersetuju untuk terus berbincang."

Ibrahimovic meluahkan hasrat untuk kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan selepas memenangi Anugerah Pemain Terbaik Sweden buat kali ke-12 pada Rabu. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan