Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ibrahimovic bantu Milan atasi Cagliari 2-0.

Ibrahimovic beraksi sepenuh perlawanan buat pertama kali sejak pulih dari kecederaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ibrahimovic bantu Milan atasi Cagliari 2-0.

Zlatan Ibrahimovic jaringkan gol buat AC Milan, kalahkan Cagliari 2-0 dalam perlawanan Serie A pada 18 Jan 21 (Gambar: REUTERS/Alberto Lingria)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 11:32AM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 11:37AM

REUTERS: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol ketika beraksi sepenuh perlawanan buat pertama kali dalam perlawanan Serie A sejak kembali dari kecederaan, untuk membantu pasukannya menang 2-0 di Cagliari pada Isnin (18 Jan) sedang pasukan pendahulu liga itu melonjak tiga mata di tangga teratas.

Ibrahimovic mengalami kecederaan paha ketika pasukan Milan menang di Napoli pada 22 Nov yang menyebabkannya tidak dapat beraksi sehingga hujung minggu lalu apabila kembali sebagai pemain gantian menentang Torino. Namun pemain dari Sweden itu cukup cergas untuk beraksi dari permulaan perlawanan di Sardinia.

Beliau tidak membuang masa untuk menjaringkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ketujuh, sebelum menambah satu lagi tendangan penalti tujuh minit selepas waktu rehat. Ini menjadikan jumlah gol Serie A yang dijaringkannya sebanyak 12 musim ini, daripada hanya tujuh perlawanan penuh.

Satu-satunya perkara yang mengecewakan di sebalik kemenangan selesa untuk Milan adalah apabila pemain gantian Alexis Saelemaekers dibuang padang lewat dalam perlawanan selepas dilayangkan dua kad kuning berturut-turut.

Milan kini mempunyai 43 mata, tiga mata mendahului pesaing sengit Inter Milan, dan 10 mata di hadapan juara Juventus di tangga kelima.

Cagliari kekal di tangga ke-17, hanya satu mata di atas zon penyingkiran. Mereka tidak mencatat sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan liga terakhir mereka.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan