Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hoki dalam air diperkenalkan pada Sukan SEA tahun ini

Satu sukan akan diperkenalkan di temasya Sukan SEA pada November nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2019 09:58PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 10:01PM

KUALA LUMPUR: Satu sukan akan diperkenalkan di temasya Sukan SEA pada November nanti.

Dipanggil hoki dalam air, para pemain siap dengan pakaian dan peralatan mereka akan menyelam ke dasar kolam. Mereka kemudian bermain sukan hoki seperti biasa.

 Satu perlawanan biasanya melibatkan dua pasukan, masing-masing dengan enam pemain, di ruang seluas 15 meter kali 25 meter pada kedalaman kolam dua meter. Setiap separuh pusingan akan mengambil masa antara 10 hingga 20 minit, bergantung kepada peraturan pertandingan itu.

Sukan tersebut sebenarnya sudah bermula pada tahun 1950-an lagi di Britain, dikenali sebagai 'Octopush', untuk membantu para penyelam kekal cergas semasa musim sejuk.

Namun kini, sukan tersebut sudah mendapat ramai penggemar di Eropah malah juga Asia.

Negara yang menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun ini, Filipina, dibenarkan untuk menggugurkan atau menambah sesebuah sukan bagi temasya sukan tersebut.

Di samping sukan biasa seperti olahraga dan gimnastik yang seringkali dipertandingkan, terdapat beberapa disiplin sukan baru yang muncul pada setiap edisi Sukan SEA. Perkara itu mengundang kritikan bahawa kononnya tuan rumah cuba untuk mengubahsuai pertandingan supaya ia memberi mereka kelebihan. 

Sumber : AFP/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan