Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hertha Berlin 'gantung' Salomon Kalou kerana bersalam dengan rakan sepasukan tanpa hirau COVID-19

 Bekas penyerang Chelsea, Salomon Kalou digantung oleh kelab Jerman, Hertha Berlin selepas memuat naik video yang menunjukkan dia tidak menjaga jarak sosial COVID-19 dengan berjabat tangan dengan rakan-rakan sepasukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hertha Berlin 'gantung' Salomon Kalou kerana bersalam dengan rakan sepasukan tanpa hirau COVID-19

Salomon Kalou (kiri). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 May 2020 09:37AM Dikemas Kini : 05 May 2020 09:41AM

BERLIN: Bekas penyerang Chelsea, Salomon Kalou digantung oleh kelab Jerman, Hertha Berlin selepas memuat naik video yang menunjukkan dia tidak menjaga jarak sosial COVID-19 dengan berjabat tangan dengan rakan-rakan sepasukan.

Dalam video yang dimuat naik ke laman Facebooknya, Kalou, 34 tahun, dilihat bersalaman dengan pemain dan kakitangan kelab tersebut yang dikutuk keras oleh Liga Bola Sepak Jerman yang menguatkuasakan kriteria ketat ke atas aspek kebersihan dalam usaha untuk menyambung semula musim yang terjejas akibat penularan wabak berkenaan.

"Gambar-gambar Salomon Kalou dari dalam bilik salin Hertha jelas tidak boleh diterima sama sekali," menurut Liga Bola Sepak Jerman (DFL) dalam kenyataannya.

Menurut Hertha, pemain antarabangsa Ivory Coast itu digantung dengan "serta-merta."

Kalou, yang menjuarai Liga Perdana England semasa mewakili Chelsea pada 2010, memohon maaf atas perbuatannya itu dan mengakui dia sepatutnya bertindak lebih prihatin kerana terbabit dalam projek-projek kesihatan di negara asalnya.

"Saya mohon maaf jika kelakuan saya memberikan gambaran saya tidak memandang serius terhadap virus korona. Saya mohon maaf," katanya.

"Sebenarnya bukan begitu tujuan saya kerana saya sendiri amat bimbang mengenai penduduk Afrika memandangkan kemudahan kesihatan di sana tidak sehebat yang disediakan di Jerman." 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan