Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Henry tarik diri dari media sosial kerana marahkan perkauman, buli online

Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Thierry Henry berharap keputusannya untuk menarik diri dari media sosial dapat mendorong orang lain dalam memerangi perkauman dan buli secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Henry tarik diri dari media sosial kerana marahkan perkauman, buli online

Gambar fail Thierry Henry dipetik pada 16 Dis 2018 (Gambar: REUTERS/Emmanuel Foudrot)

Diterbitkan : 27 Mar 2021 04:59PM Dikemas Kini : 27 Mar 2021 05:04PM

REUTERS: Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Thierry Henry berharap keputusannya untuk menarik diri dari media sosial dapat mendorong orang lain dalam memerangi perkauman dan buli secara online.

Bekas penyerang Arsenal dan Barcelona, ​​yang mempunyai 15 juta pengikut di Facebook, Instagram dan Twitter, pada Jumaat (26 Mac) mengumumkan beliau akan mematikan akaunnya dan meminta platform-platform itu untuk menangani masalah perkauman dan membuli dengan kekuatan yang sama mereka lakukan untuk membasmi kandungan yang melanggar hak cipta.

Henry berkata media sosial sudah menjadi senjata bagi pemegang akaun tanpa nama.

"Ini bukan tempat yang selamat," kata Henry, 43 tahun, kepada CNN Sport. "Saya ingin membuat kenyataan lantang bahawa (media sosial) adalah alat penting yang sayangnya diubah oleh sebilangan orang menjadi senjata kerana mereka bersembunyi di sebalik akaun palsu.

"Saya melakukan apa yang saya rasakan, dan saya harap ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama."

Henry, yang menderita penganiayaan kaum semasa kerjaya bermain, berkata beliau mendapat ilham oleh bekas juara tinju kelas berat, Muhammad Ali, yang selain terkenal sebagai peninju yang menakutkan, bersuara lantang menentang perkauman, perang dan sikap tidak toleran terhadap sesuatu agama.

"Muhammad Ali tidak mahu pergi berperang, beliau tidak menunggu untuk melihat sama ada semua orang menyokongnya, itu yang beliau rasakan," tambah Henry. "Saya jauh sekali tidak berkaliber sehebat itu ... tetapi saya berkata pada diri saya sendiri 'Thierry, begitulah perasaan anda, anda merasa sangat kuat.'

Bulan lalu badan pentadbir bola sepak England mengisytiharkan Twitter, Facebook dan Instagram sebagai "tempat berleluasanya penganiayaan" dan menggesa syarikat-syarikat media sosial untuk menangani masalah tersebut ekoran mesej-mesej perkauman yang ditujukan kepada para pemain.

Instagram sudah mengumumkan serangkaian langkah untuk mengatasi penganiayaan online, sementara Twitter, yang mengambil tindakan terhadap lebih 700 kes "penganiayaan dan kebencian" yang berkaitan dengan bola sepak di Britain pada 2019, berikrar akan terus berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Henry berkata, kenyataan daripada wadah media sosial tidak mencukupi.

"Saya sudah muak bercakap dan mendengar, saya ingin melihat tindakan," tambahnya. "Saya ingin melihat orang-orang yang bertanggungjawab, pegawai tinggi, tampil memberi penjelasan."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan