Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hazard wira Chelsea, raih gol kemenangan Piala FA

Eden Hazard muncul sebagai wira Chelsea selepas berjaya meraih gol kemenangan buat The Blues dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley.

Anggaran Waktu Membaca:
Hazard wira Chelsea, raih gol kemenangan Piala FA

Nemanja Matic dan Eden Hazard cuba mendapatkan bola. (Gambar: GLYN KIRK/AFP)

Diterbitkan : 20 May 2018 08:30AM Dikemas Kini : 20 May 2018 08:35AM

LONDON: Eden Hazard muncul sebagai wira Chelsea selepas berjaya meraih gol kemenangan buat The Blues dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley.

Pada akhir perlawanan, Chelsea dinobat sebagai juara dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United. Keputusan itu memberi tamparan hebat kepada Jose Mourinho yang gagal menjulang sebarang piala musim ini.

Gol Hazard dijaringkan pada minit ke-22 apabila penyerang itu berjaya menyempurnakan tendangan penalti selepas dijatuhkan pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones.

Manchester United cuba bangkit di separuh kedua dengan prestasi yang lebih baik. Hasilnya, Alexis Sanchez berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-62 tetapi jaringannya dibatalkan kerana offside.

Paul Pogba pula mempersiakan peluang terbaik menghidupkan kembali peluang The Red Devils apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan tersasar.

Kemenangan Chelsea turut dibantu kecekapan penjaga golnya Thibaut Courtois yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Manchester United.

Kejayaan menjulang Piala FA itu mungkin jadi penamat manis buat Antonio Conte yang dijangka meninggalkan The Blues ekoran prestasi pasukannya yang tidak memuaskan sepanjang musim ini.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan