Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hartawan Abu Dhabi setuju syarat beli Newcastle

Hartawan Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan berkata beliau mencapai persetujuan bersama pemilik kelab Newcastle United, Mike Ashley untuk membeli kelab itu, lapor Newcastle Chronicle pada Isnin (27 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Hartawan Abu Dhabi setuju syarat beli Newcastle

Pemilik kelab Newcastle United, Mike Ashley. (Gambar: Scott Heppell/REUTERS)

Diterbitkan : 28 May 2019 12:38PM Dikemas Kini : 28 May 2019 12:40PM

LONDON: Hartawan Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan berkata beliau mencapai persetujuan bersama pemilik kelab Newcastle United, Mike Ashley untuk membeli kelab itu, lapor Newcastle Chronicle pada Isnin (27 Mei).

Menurut laporan itu, kelab Newcastle menerima panggilan dari wakil Sheikh Khaled selepas pihak kelab menghantar kenyataan yang menyatakan kemungkinan kelab itu akan dijual.

"Kami boleh sahkan bahawa wakil Sheikh Khaled Bin Zayed Al Nahyan sudah mengadakan perbincangan dengan Mike Ashley berhubung pembelian Kelab Bolasepak Newcastle United," lapor akhbar berkenaan.

"Kami menghargainya dan ia satu peluang membina sokongan yang kuat ke atas sejarah dan tradisi kelab.

"Kami setuju dengan syarat perjanjian dan sedang bekerja keras melengkapkan urus niaga.”

Akhbar itu juga mengesahkan bahawa perbincangan dilakukan Newcastle bersama wakil hartawan itu adalah tulen.

Media Britain melaporkan angka jualan kelab itu mungkin mencecah sekitar 350 juta pound (S$610 juta).

Bagaimanapun, Newcastle United dan Sheikh Khaled gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai urusan berkenaan.

Sheikh Khaled ialah sepupu kepada pemilik Manchester City, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, yang baru-baru ini gagal membeli kelab Liverpool pada harga 2 bilion pound (S$3.5 bilion).

Sheikh Khaled ialah pengasas Bin Zayed Group, sebuah konglomerat pelaburan pasaran antarabangsa dan tempatan. 

Sumber : Reuters/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan