Images
  • harry kane
    Kapten pasukan England, Harry Kane, menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 ke atas Bulgaria semasa perlawanan saringan Euro 2020, 7 September 2019. (Gambar: Reuters/David Klein)

Harry Kane jaringkan hatrik, England menang 4-0 ke atas Bulgaria

LONDON: England meneruskan perjalanan untuk layak ke Kejohanan Euro 2020 tanpa dugaan setelah kapten pasukan Harry Kane menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 ke atas Bulgaria dalam perlawanan kumpulan A di Wembley pada Sabtu (7 Sep).

Kane menjaringkan gol pembuka pada minit ke-24 dan berjaya menyempurnakan dua tendangan penalti. Bahkan beliau sempat membantu Raheem Sterling yang menjaringkan gol keempat England pada minit ke-55.

Hatrik kedua penyerang Tottenham Hotspur itu menyumbang kepada jumlah 25 gol dijaringnya dalam 40 perlawanan. Ini meletakkan Kane di hadapan wira perlawanan akhir Piala Dunia 1966 Geoff Hurst dalam senarai penjaring gol England bersejarah.

Ternyata persembahan England tidak sempurna, memandangkan Bulgaria mempunyai tiga peluang jaringan gol yang baik.

Namun, England terbukti terlalu tangkas sehingga Bulgaria terpaksa ditinggalkan di tangga terakhir kumpulan dengan lima mata yang diraih dalam lima perlawanan. 

- Reuters/ZM/zm

Top