Images
  • Manchester city
    (Gambar: Carl Recine/ Reuters)

Harapan Manchester City kian cerah selepas belasah Everton 3-1

ENGLAND: Manchester City mempunyai lejangan baik untuk mengalahkan Manchester United dalam perlawanan minggu depan.

Kedua-dua kelab Manchester itu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan masing-masing hujung minggu ini.

City kembali ke Stadium Goodison Park di mana ia mengalami kekalahan besar di tangan Everton musim lalu. Namun ia dapat menebus kekalahan itu dengan membelasah Everton 3-1.

Leroy Sane menyumbat gol pertama pada minit keempat. Lapan minit kemudian, Gabriel Jesus menggandakan jumlah gol City. Ini disusuli Raheem Sterling yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-37.

Everton hanya mampu membalas dengan satu gol pada minit ke-63 menerusi tendangan Yannick Bolasie.

Dalam satu lagi perlawanan, Manchester United mendahului Swansea City pada minit kelima menerusi jaringan Romelu Lukaku.

Bermain di padang sendiri, gol jaringan Alexis Sanchez memastikan United menang 2-0 dan kekal di tangga kedua liga. 

- Reuters/NF/aq

Top