Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hanoi tuan rumah lumba F1 2020

Hanoi akan menjadi tuan rumah perlumbaan Formula One pada April 2020, menurut para pegawai bandar pada Khamis (1 Nov). Ia diadakan buat pertama kali di negara Asia Tenggara tersebut di mana sukan lumba kereta masih kurang popular.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanoi tuan rumah lumba F1 2020

(Gambar: Ulises Ruiz/AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 09:12PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 09:15PM

HANOI: Hanoi akan menjadi tuan rumah perlumbaan Formula One pada April 2020, menurut para pegawai bandar pada Khamis (1 Nov). Ia diadakan buat pertama kali di negara Asia Tenggara tersebut di mana sukan lumba kereta masih kurang popular.

Perlumbaan itu akan dihoskan di ibu kota Vietnam, dengan litar perlumbaan dijangka akan didedahkan di satu acara "gala" minggu depan, menurut Jawatankuasa Rakyat Hanoi dalam satu undangan ke acara itu.

Pihak berkuasa awal tahun ini menyatakan bahawa mereka menyokong idea menjadi tuan rumah perlumbaan tersebut, tetapi pihak pemerintah tidak akan mengeluarkan perbelanjaan bagi acara itu.

"Perdana Menteri mengatakan bahawa sekiranya Hanoi menjadi tuan rumah (perlumbaan), perbelanjaan tersebut patut datang daripada sektor swasta," kata ketua pejabat pemerintah, Mai Tien Dung, pada Ogos.

Vietnam akan menjadi negara Asia Tenggara ketiga dalam sejarah selepas Malaysia dan Singapura, yang menghoskan perlumbaan Formula One.

Hanoi akan menjadi bandar Asia Tenggara kedua yang menjadi tuan rumah perlumbaan itu pada 2020 bersama Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan