Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hampir 80% relawan Sukan Olimpik Tokyo bimbang tentang COVID-19

Hampir 80 peratus sukarelawan untuk Sukan Olimpik Musim Panas yang ditangguhkan sehingga tahun depan khuatir tentang penularan virus korona, menurut satu tinjauan Pemerintah Metropolitan Tokyo (TMG).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 80% relawan Sukan Olimpik Tokyo bimbang tentang COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Oct 2020 09:56PM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 10:00PM

TOKYO: Hampir 80 peratus sukarelawan untuk Sukan Olimpik Musim Panas yang ditangguhkan sehingga tahun depan khuatir tentang penularan virus korona, menurut satu tinjauan Pemerintah Metropolitan Tokyo (TMG).

Temasya sukan itu ditunda sehingga 2021 ekoran wabak tersebut dan tinjauan ke atas 13,000 sukarelawan mendapati hampir separuh daripada mereka bimbang tentang kesan penundaan itu "ke atas tahap minat mereka".

Dalam responsnya terhadap hasil tinjauan tersebut, TMG menyatakan pihaknya sedang menghasilkan "panduan mengawal jangkitan" untuk memastikan sekitaran yang selamat dan terjamin untuk kegiatan sukarelawan dan latihan lanjut akan diberikan.

Latihan online akan diteruskan sehingga Mac tahun depan di mana para sukarelawan akan diberitahu tentang peranan mereka semasa temasya tersebut, yang bermula pada Julai tahun depan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan