Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton sasar rekod Schumacher sedang F1 memulakan musim baru

Setelah tujuh bulan pertandingan ditiadakan akibat sekatan COVID-19, musim 2020 perlumbaan Formula 1 (F1) bakal bermula di Austria pada Ahad (5 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Hamilton sasar rekod Schumacher sedang F1 memulakan musim baru

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 03:10PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 03:14PM

LONDON: Setelah tujuh bulan pertandingan ditiadakan akibat sekatan COVID-19, musim 2020 perlumbaan Formula 1 (F1) bakal bermula di Austria pada Ahad (5 Jul).

Acara di Spielberg diadakan pada tarikh yang dijadualkan, namun bukan sebagai pusingan ke-11 kejuaraan yang dinanti-nantikan, sebaliknya acara yang pertama - pembuka tirai musim yang ditangguhkan akibat pandemik global COVID-19.

Lebih tiga bulan setelah Grand Prix Australia dibatalkan pada malam latihan pembukaan di Melbourne, perlumbaan di Styrian Alps akan diadakan tanpa penonton, ejen penaja dan tetamu dan hanya segelintir wartawan akan dibenarkan membuat liputan, terhad kepada pusat media.

Bagi semua pihak yang terlibat, yang diuji empat hari sebelum acara dan lima hari kemudian, ia akan menjadi pengalaman unik yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Namun, di sebalik semua perubahan dan suasana di luar alam nyata itu, aksi perlumbaan dijangka hebat seperti biasa.

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, memburu gelaran juara dunia ketujuh untuk menyamai rekod Michael Schumacher.

"Saya tidak sabar lagi - saya amat merindui perlumbaan dan persaingan," kata bos pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Semasa sekatan pergerakan COVID-19, pertukaran pemandu untuk tahun depan tetap diteruskan. Ferrari mengumumkan ia melepaskan juara empat kali Sebastian Vettel, yang akan digantikan oleh Carlos Sainz dari McLaren manakala Daniel Ricciardo menandatangani kontrak untuk meninggalkan Renault.

Pertukaran pelumba bagi musim 2021 itu tidak akan menjejas barisan pelumba tahun ini, namun boleh menjejas hubungan antara pemandu yang akan berpindah dengan pasukan-pasukan yang keberatan untuk membenarkan maklumat operasi dan prestasi unik mereka didedahkan.

Sekiranya ada, ini mungkin akan paling menjejas Ferrari sedang pasukan Itali itu berusaha untuk mengelakkan konflik terbuka antara bintang yang meningkat naik, Charles Leclerc dengan Vettel, yang merupakan ejen bebas dan mungkin sasaran bukan hanya untuk Renault, tetapi juga Mercedes.

Tiga perlumbaan pembukaan itu membentuk hanya sebahagian daripada lapan perlumbaan Eropah dalam tempoh 10 minggu.

Vettel menambah beliau "tidak boleh membayangkan perlumbaan tanpa sebarang peminat", terutama di litar tempat Max Verstappen menjuarai perlumbaan dan disambut sorakan para penyokong Belanda tahun lalu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan