Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton menang Grand Prix Itali; Ferrari gigit jari

Juara bertahan Lewis Hamilton menghampakan usaha pasukan Ferrari daripada meraih kemenangan di negara asalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2018 08:21PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 09:20PM

MONZA: Juara bertahan Lewis Hamilton menghampakan usaha pasukan Ferrari daripada meraih kemenangan di negara asalnya.

Ferrari memulakan perlumbaan di litar Monza dengan kedua-dua pelumbanya berada di dua petak pertama.

Hamilton yang menduduki petak ketiga bagaimanapun bertembung dengan Sebastian Vettel menyebabkan pelumba Ferrari itu ketinggalan di belakang para pelumba lain.

Tetapi tinggal lapan pusingan sebelum perlumbaan tamat, Hamilton berjaya memintas seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen yang mengalami masalah tayar.

Raikkonen tetap menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan pelumba Mercedes Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Kemenangan Hamilton ini menyamai kemenangan lima kali yang dicatatkan lagenda Ferrari Michael Schumacher di Monza.

Hamilton kini berada 30 mata di hadapan Vettel. 

Sumber : Reuters/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan