Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton kini sehebat Senna, kata Berger

Gerhard Berger sejak dahulu lagi berkata bahawa tiada sesiapa pun yang sehebat rakan sepasukannya Ayrton Senna. Bagaimanapun, beliau kini berkata bahawa Lewis Hamilton sehebat mendiang juara Formula One warga Brazil itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamilton kini sehebat Senna, kata Berger

Lewis Hamilton. (Gambar: Thomas Peter/Reuters)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 11:05PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 11:09PM

LONDON: Gerhard Berger sejak dahulu lagi berkata bahawa tiada sesiapa pun yang sehebat rakan sepasukannya Ayrton Senna. Bagaimanapun, beliau kini berkata bahawa Lewis Hamilton sehebat mendiang juara Formula One warga Brazil itu.

Berger berkata demikian kepada para wartawan sempena memperingati kematian Senna yang ke-25 di Imola pada 1 Mei. Berger bagaimanapun berkata bahawa mendiang Senna mendahului dari aspek personaliti yang luar biasa dan masih dianggap sebagai seorang legenda.

Dari segi keupayaan dalam sukan itu pula, kesamaan antara Senna dan Hamilton amat jelas.

"Semua orang bertanya saya 'Apa pendapat anda tentang pemandu ini berbanding dengan Ayrton?' dan saya sering berkata, 'Saya tidak melihat sesiapun yang sehebat Ayrton'," jelas warga Austria itu, yang merupakan rakan sepasukan Senna bagi pasukan McLaren dari 1990-92.

"Tetapi Lewis adalah (kini) pemandu pertama yang saya berpendapat sehebat Ayrton."

Berger, yang memenangi 10 perlumbaan bagi Benetton, McLaren dan Ferrari antara 1986 dengan 1997 dan kini mengendalikan siri DTM (German Touring Car). Menurutnya prestasi mereka berdasarkan statistik adalah hanya satu cara mengukur kehebatan.

Hamilton memegang lima kejuaraan, satu bersama McLaren pada 2008 dan empat dengan Mercedes sejak lima musim lalu.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan