Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton juara Grand Prix China; perlumbaan di Shanghai adalah yang ke-1,000

Lewis Hamilton memenangi Grand Prix China pada Ahad (14 Apr), yang secara kebetulan merupakan perlumbaan Formula One (F1) yang ke-1,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamilton juara Grand Prix China; perlumbaan di Shanghai adalah yang ke-1,000

Lewis Hamilton juarai Grand Prix Shanghai (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Apr 2019 09:58PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 10:04PM

SHANGHAI: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix China pada Ahad (14 Apr), yang secara kebetulan merupakan perlumbaan Formula One (F1) yang ke-1,000.

Dengan kemenangan di Shanghai, Hamilton turut merampas tempat pertama dari rakan sepasukannya, Valtteri Bottas.

Bottas, yang gagal memulakan perlumbaan dengan baik, dengan mudah lentur di tangan rakan sepasukannya Hamilton.

Pelumba Ferrari Sebastian Vettel pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Kemenangan Hamilton di China turut merupakan kemenangannya yang ke-75 dalam kerjayanya sebagai seorang pelumba F1 dan kemenangan di Shanghai adalah yang kedua berturut-turut bagi juara dunia itu selepas meraih kemenangan di Bahrain dua minggu lalu.

Turut membanggakan, kemenangan Hamilton di Shanghai adalah kemenangan yang keenam di China bagi rakyat Britain itu.

Hamilton kini memerlukan lagi 16 kemenangan untuk menyaingi rekod Michael Schumacher yang meraih sebanyak 91 kemenangan Grand Prix.

Sumber : Reuters/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan