Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hamilton berlutut dalam isyarat bercelaru anti-perkauman sebelum lumba F1

Lewis Hamilton berlutut sebagai tanda sokongan bagi gerakan Black Lives Matter dan pendirian "End Racism" atau "Hentikan Perkauman" Formula Satu (F1) pada Ahad (19 Jul), dalam satu lagi isyarat tidak keruan sebelum para pemandu memulakan perlumbaan Grand Prix Hungary.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamilton berlutut dalam isyarat bercelaru anti-perkauman sebelum lumba F1

Lewis Hamilton berlutut sebelum Grand Prix Hungary pada 19 Jul (Gambar: AFP/Mark Thompson)

Diterbitkan : 19 Jul 2020 11:13PM Dikemas Kini : 19 Jul 2020 11:16PM

BUDAPEST: Lewis Hamilton berlutut sebagai tanda sokongan bagi gerakan Black Lives Matter dan pendirian "End Racism" atau "Hentikan Perkauman" Formula Satu (F1) pada Ahad (19 Jul), dalam satu lagi isyarat tidak keruan sebelum para pemandu memulakan perlumbaan Grand Prix Hungary.

Menyusuli kecelaruan dalam kenyataan menjelang pembuka tirai musim Grand Prix Austria dan Sytria, ini adalah satu lagi contoh kurangnya perpaduan dan komitmen dalam sukan itu terhadap perjuangan tersebut.

Para pemandu berkumpul di kawasan tertutup selang beberapa minit Max Verstappen yang memandu kereta Red Bull, merempuh hadangan 15 minit sebelum perlumbaan bermula.

Menurut rakaman terhad isyarat yang disiarkan di televisyen itu, 16 pelumba itu kelihatan berlutut dengan Hamilton memakai kemeja-T 'Black Lives Matter' manakala yang lain mengenakan baju "Hentikan Perkauman".

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan