Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hafiz Nor tidak ikut serta kem latihan pasukan Singa di Dubai

Pemain bola sepak negara, Hafiz Nor diberikan amaran risiko kesihatan COVID-19 dan tidak akan melakukan perjalanan ke Dubai di mana pasukan bola sepak negara sedang menjalani kem latihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hafiz Nor tidak ikut serta kem latihan pasukan Singa di Dubai

(Gambar: Facebook/FAS)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 04:23PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 04:28PM

SINGAPURA: Pemain bola sepak negara, Hafiz Nor diberikan amaran risiko kesihatan COVID-19 dan tidak akan melakukan perjalanan ke Dubai di mana pasukan bola sepak negara sedang menjalani kem latihan.

Pemain penyerang itu diberikan amaran berkenaan pada Isnin (8 Nov) setelah dikenal pasti sebagai anggota serumah kes COVID-19 yang sedang menjalani perintah pengasingan.

"Walaupun hasil ujian Hafiz negatif sejak itu, beliau kini sedang menjalani pengasingan diri dan mematuhi garis panduan amaran risiko kesihatan sedia ada sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga," menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (11 Nov).

Para individu yang menerima amaran risiko kesihatan sedemikian perlu menjalani pengasingan diri dengan serta-merta dan mengambil ujian pantas antigen (ART) dalam masa 24 jam.

Sepanjang tempoh tujuh hari itu, mereka harus diuji negatif bagi ujian ART setiap hari supaya dapat keluar rumah dan meneruskan aktiviti harian.

Sebelum ini turut diumumkan bahawa kapten pasukan Singa Hariss Harun juga tidak akan menyertai kem latihan di Dubai setelah diuji positif COVID-19.

FAS menyatakan ia akan terus memantau kesihatan dan keselamatan pasukan negara sedang pasukan Singa membuat persiapan bagi Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

Pasukan Singa akan berada di Dubai dari 8 hingga 17 November, di mana mereka akan beraksi dalam perlawanan menentang Kyrgyzstan pada 11 November dan satu perlawanan menentang pasukan A Maghribi - iaitu sebuah pasukan yang terdiri daripada para pemain dari negara Afrika Utara itu - pada 16 November.

Singapura akan menghoskan Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember hingga 1 Januari 2022 setelah pertandingan tersebut ditunda sebelum ini ekoran pandemik COVID-19.

Pasukan Singa akan menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan pertandingan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan