Guardiola tolak kemungkinan lepaskan pembantunya Arteta
Pengendali Manchester City Pep Guardiola tidak ragu-ragu lagi yang pembantunya Mikel Arteta akan menjadi pengurus pasukan suatu hari nanti, tetapi menolak kemungkinan yang bekas pemain Sepanyol itu akan mengambil alih kelab lain pada musim ini.
LONDON: Pengendali Manchester City Pep Guardiola tidak ragu-ragu lagi yang pembantunya Mikel Arteta akan menjadi pengurus pasukan suatu hari nanti, tetapi menolak kemungkinan yang bekas pemain Sepanyol itu akan mengambil alih kelab lain pada musim ini.
Arteta menjadi pilihan pemerhati untuk mengendali bekas kelabnya, Arsenal sekiranya pengendali ketika ini, Unai Emery dipecat.
Arsenal kini di tangga kelapan Liga Perdana England, 19 mata di belakang pendahulu Liverpool dan lapan mata di bawah kelayakan Liga Juara-Juara menyusuli keputusan 2-2 di Southampton pada Sabtu lalu.
“Unai Emery adalah pengurus Arsenal,” kata Guardiola. “Sudah tentu (Arteta) akan menjadi pengurus suatu hari nanti. Kami akan menamatkan musim ini tetapi akan datang saya tidak tahu apa akan berlaku.”
Bekas kapten Arsenal, Arteta yang menyertai Guardiola tiga tahun lalu, turut mendapat sokongan Arsene Wenger untuk jawatan itu sebelum pengendali dari Perancis itu meninggalkan kelab.
Guardiola bagaimanapun tidak mahu terburu-buru melepaskan orang kanannya itu.
“Saya ingin beliau kekal bersama kami. Manchester City mempunyai seorang individu berharga untuk bekerja di sini pada masa akan datang. Semua orang berpuas hati dengan kehadiran Arteta,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.