Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Guardiola risau pemainnya bagai masuk 'peti sejuk'

Pep Guardiola menyuarakan kebimbangan dengan jadual padat musim Krismas sambil menyifatkan pemainnya mungkin perlu menghabiskan ‘dua hari dalam peti sejuk’.

Anggaran Waktu Membaca:
Guardiola risau pemainnya bagai masuk 'peti sejuk'

Pep Guardiola. (Gambar: Reuters/Carl Recine)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 02:36PM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 02:40PM

MANCHESTER: Pep Guardiola menyuarakan kebimbangan dengan jadual padat musim Krismas sambil menyifatkan pemainnya mungkin perlu menghabiskan ‘dua hari dalam peti sejuk’.

Liga Perdana England (EPL) mengesahkan jadual perlawanan untuk Disember dan Januari semalam dan ia tidak berpihak kepada City.

Kunjungan mereka ke Wolves dianjakkan dari Boxing Day (26 Disember) kepada 27 Disember, sebelum mereka menanti kunjungan Sheffield United di Stadium Etihad pada 29 Disember.

Ia memberikan tempoh kira-kira 44 jam di antara kedua-dua perlawanan dan Guardiola bimbangkan tahap kecergasan pemainnya.

“Pemain sepatutnya masuk ke dalam peti sejuk, saya tak bergurau,” kata Guardiola.

“Balik rumah, buka peti sejuk dan masuk ke sana dalam tempoh 48 jam. Kemudian jumpa anda di Stadium Etihad.

“Mungkin apabila saya pergi ke peti sejuk untuk membuat telur dadar, mungkin saya boleh bercakap dengan mereka. Jika tidak, memang tidak boleh.”

Sekalipun bimbang dengan tuntutan jadual perlawanan berkenaan, beliau semakin menyesuaikan diri dengan tugasan hebatnya di City sejak dua tahun lalu.

“Kami berada di bulan Oktober dan sudah melalui banyak perlawanan sebelum ini. Apabila saya melihatnya, saya katakan ‘Ia OK’,” katanya.

“Saya menerima tugas ini, ada kalanya ia bagus, ada kalanya tidak. Kami bekerja lebih keras dan menguruskan dengan baik untuk melaksanakannya.

“Namun saya bimbangkan pemain. Ia satu perniagaan dan orang tidak mempedulikan pemain. Dia cedera? OK, gunakan yang lain.” 

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan