Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Guardiola mesti ikut jejak Zidane untuk bantu City julang Liga Juara-Juara Eropah

Pep Guardiola perlu mengikut jejak langkah pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane bagi melengkapkan misinya di Manchester City.

Anggaran Waktu Membaca:
Guardiola mesti ikut jejak Zidane untuk bantu City julang Liga Juara-Juara Eropah

Pep Guardiola. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2020 06:39PM Dikemas Kini : 05 Aug 2020 06:43PM

LONDON: Pep Guardiola perlu mengikut jejak langkah pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane bagi melengkapkan misinya di Manchester City.

Pasukan di bawah pimpinan Zidane dijadual ke Manchester pada Jumaat ini untuk mengubah keputusan perlawanan pertama yang dimenangi City 2-1 pada Februari dalam saingan Liga Juara-Juara Erpopah yang disambung semula selepas lima bulan tergendala disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Banyak perubahan yang berlaku sejak kedua-dua pasukan bertemu.

Pasukan kendalian Zidane sekali lagi mampu menguasai Barcelona dalam saingan La Liga dengan meraih 10 kemenangan berturut-turut selepas jadual perlawanan bola sepak Sepanyol itu kembali berlangsung pada Jun sebelum Real muncul juara bagi musim ini.

Zidane sudah membawa Real mengecapi kejayaan di peringkat Liga Juara-Juara Eropah pada musim pertamanya mengendalikan pasukan tersebut dari tahun 2016 hingga 2018 dan beliau masih belum tersingkir daripada kejohanan itu sebagai seorang jurulatih.

"Apabila beliau sudah melakukan apa yang perlu dilakukannya, dengan memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut, merampas dua gelaran La Liga daripada Barcelona - dalam dekad ini - menguasai kejohanan ini bukan seperti kelab lain, ini menunjukkan keupayaannya," kata Guardiola.

"Meskipun ramai yang tidak percayakan saya kerana beliau dari Real Madrid, saya sangat gembira semuanya berlaku dengan baik sekali kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk bola sepak apabila kejayaan seperti itu dikecapi oleh seseorang sepertinya."

Guardiola sendiri pernah menjulang 14 trofi dalam empat musim di Camp Nou antara 2008 hingga 2012, termasuk dua gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah.

Gelaran juara liga dan piala terus diraih Guardiola di Bayern Munich dan kemudian Manchester City, namun beliau belum berhasil menikmati kejayaan Liga Juara-Juara Eropah sejak 2011.

Meskipun sudah meraih dua gelaran juara Liga Perdana England (EPL) dalam kalangan enam trofi utama sejak berhijrah ke England, Guardiola pada awal musim ini mengakui kehadirannya di City mungkin boleh dianggap sebagai satu kegagalan sekiranya beliau gagal memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan tersebut. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan