Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Grand Prix F1 Bahrain 2020 diadakan tanpa penonton akibat COVID-19

Acara perlumbaan Grand Prix Formula One  Bahrain akan diteruskan tanpa kehadiran  penonton akibat penularan virus korona COVID-19. Langkah itu satu tamparan hebat kepada sektor pelancongan yang penting bagi negara Teluk Arab itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix F1 Bahrain 2020 diadakan tanpa penonton akibat COVID-19

Gambar fail Formula One F1 semasa ujian pra-musim di Barcelona, Sepanyol, pada 28 Feb 2020. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Mar 2020 09:38PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 09:42PM

DUBAI: Acara perlumbaan Grand Prix Formula One Bahrain akan diteruskan tanpa kehadiran penonton akibat penularan virus korona COVID-19. Langkah itu satu tamparan hebat kepada sektor pelancongan yang penting bagi negara Teluk Arab itu.

Bahrain, yang menjadi tuan rumah kali kedua bagi musim Formula One pada 22 Mac ini, melaporkan 83 kes positif COVID-19 - kebanyakannya dikaitkan dengan mereka yang membuat perjalanan ke Iran.

Bahrain sudahpun menggantung penerbangan ke beberapa negara atas keprihatinan berhubung penularan virus itu yang merebak dengan cepat.

Ia juga sudah mengarahkan mereka yang baru-baru ini membuat perjalanan ke Itali, Korea Selatan, Mesir dan Lubnan untuk mengkuarantin diri mereka buat dua minggu.

Pihak penganjur sebelum ini menggantung penjualan tiket sedang mereka menilai berapa ramai penonton yang akan dibenarkan untuk menghadiri perlumbaan itu.

Acara sukan terbesar Bahrain itu, mencatat rekod 97,000 pengunjung selama tiga hari berturut-turut pada 2019, dengan 34,000 penonton pada Ahad.

Grand Prix Bahrain adalah salah satu daripada dua perlumbaan Formula One yang diadakan di Teluk, dengan Abu Dhabi menjadi tuan rumah bagi perlumbaan penutup pada November.

Perlumbaan pembukaan di Melbourne, Australia dijadual diadakan pada 15 Mac ini.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan