Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Golongan kurang upaya sertai larian maraton Korea Utara buat pertama kali

Ratusan peserta dari luar negara mengambil bahagian dalam larian maraton Korea Utara, di jalan-jalan raya ibu kota Pyongyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 09:29PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:54PM

PYONGYANG: Ratusan peserta dari luar negara mengambil bahagian dalam larian maraton Korea Utara, di jalan-jalan raya ibu kota Pyongyang.

Namun kali ini jumlah peserta asing adalah kurang daripada separuh jumlah tahun lalu.

Kira-kira 400 warga asing daripada 43 negara mengambil bahagian tahun ini.

Dan buat julung-julung kalinya, golongan kurang upaya boleh turut serta.

Larian maraton yang dimulakan di Stadium
Kim Il Sung, menyusuri tapak-tapak utama di ibu kota Pyongyang.

Bahagian lelaki dimenangi peserta Korea Utara Ri Kang Bom dalam masa 2 jam 12 minit, 53 saat.

Warga Pyongyang Kim Hye Gyong pula, mencecah garisan penamat dahulu di hadapan para peserta wanita yang lain. 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan