Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Golf: Tiger Woods rangkul 'major' ke-15 dengan kejuaraan Masters

Tiger Woods bangkit kembali untuk menjuarai Masters ke-83 pada Ahad (14 Apr) setelah mengalami kecederaan yang mengancam kerjayanya dan terlibat dalam satu skandal sebelum ini. Kemenangan terbaru ini melengkapkan kejuaraan major ke-15 dirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Golf: Tiger Woods rangkul 'major' ke-15 dengan kejuaraan Masters

Tiger Woods. (Gambar: Andrew Redington/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 09:00AM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 09:03AM

AUGUSTA: Tiger Woods bangkit kembali untuk menjuarai Masters ke-83 pada Ahad (14 Apr) setelah mengalami kecederaan yang mengancam kerjayanya dan terlibat dalam satu skandal sebelum ini. Kemenangan terbaru ini melengkapkan kejuaraan major ke-15 dirinya.

Menamatkan kemarau kejuaraan 'major' selama 11 tahun, bintang golf Amerika berusia 43 tahun itu - yang menjalani pembedahan tulang belakang pada 2017 akibat sakit kronik di bahagian belakang - meraih kejuaraan 'major' pertamanya sejak Terbuka AS 2008.

Memenangi kejuaraan Masters yang kelima, dan yang pertama sejak 2005, menjadikan kepulangan ke puncak kerjaya golf satu impian menjadi kenyataan. Kerjayanya terjejas teruk setelah terlibat dalam skandal seks pada 2009 dan kecederaan di bahagian lutut dan belakang yang memerlukan tujuh pembedahan.

"Kemenangan ini di luar jangkaan saya," kata Woods. "Saya hanya bernasib baik dapat bermain golf lagi."

Sambil para penyokong menyorak namanya, Woods mendakap ibunya Cik Kultida, anak perempuannya Sam dan anak lelakinya Charlie seperti beliau memeluk bapanya, Encik Earl setelah kejuaraan 'major' pertamanya pada Masters 1997.

Woods mencatat dua bawah par 70 untuk keseluruhan 13 bawah par 275, dan menang dengan kelebihan satu pukulan untuk membawa pulang AS$2.07 juta (S$2.8 juta) serta jaket hijau yang melambangkan keunggulan Masters.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan