Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gol sendiri Dawson 'tuah' Man Utd tewaskan West Ham

Manchester United mempertahankan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan kepada 13 perlawanan setelah gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain West Ham United, Craig Dawson, memberikan kemenangan 1-0 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana England pada Ahad (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gol sendiri Dawson 'tuah' Man Utd tewaskan West Ham

(Gambar: Pool via REUTERS/Clive Brunskill)

Diterbitkan : 15 Mar 2021 10:25AM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 10:30AM

MANCHESTER: Manchester United mempertahankan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan kepada 13 perlawanan setelah gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain West Ham United, Craig Dawson, memberikan kemenangan 1-0 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana England pada Ahad (14 Mac).

Kemenangan di padang sendiri itu meletakkan United di tangga kedua liga, dengan pungutan 57 mata daripada 29 perlawanan, 14 mata di belakang jirannya, Manchester City yang bermain lebih satu perlawanan, sementara West Ham pula, kekal di tangga kelima dengan kutipan 48 mata daripada 28 perlawanan, tiga mata di belakang Chelsea di tempat keempat dengan satu perlawanan dalam tangan.

Serangan United dua kali terkena tiang gol dan dua kali berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan pelawat, Lukasz Fabianski, namun United akhirnya memperolehi kemenangan apabila tendangan sudut Bruno Fernandes terkena Dawson lalu membolosi gawangnya sendiri pada minit ke-53.

Sepanjang perlawanan, West Ham gagal menggugat benteng pertahanan United, yang walaupun turun padang tanpa penyerang Uruguay, Edinson Cavani dan penyerang Perancis, Anthony Martial, dapat terus menguasai permainan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan