Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gol hebat Kompany pastikan Man City terus dahului Liverpool

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji Vincent Kompany selepas rembatan hebat pemain Belgium itu membantu Man City memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Leicester City pada Isnin (7 Mei) untuk membawa pasukan itu setapak lagi menuju ke Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Gol hebat Kompany pastikan Man City terus dahului Liverpool

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 May 2019 08:21AM Dikemas Kini : 07 May 2019 08:24AM

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji Vincent Kompany selepas rembatan hebat pemain Belgium itu membantu Man City memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Leicester City pada Isnin (6 Mei) untuk membawa pasukan itu setapak lagi menuju ke Liga Perdana England.

City kini kembali mendahului Liverpool dengan kelebihan satu mata walaupun tidak bermain pada tahap terbaik, sedang pemain tengah Kompany melepaskan rembatan jarak jauh ke sudut gawang gol 20 minit sebelum perlawanan berakhir.

Kompany, yang malangnya banyak mengalami kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kelihatan menitiskan air mata semasa meraikan kemenangan bersama anak-anaknya. Perlawanan ini merupakan yang terakhir buat City di padang sendiri bagi musim ini dan mungkin perlawanan terakhir bagi Kompany di Stadium Etihad memandangkan kontrak beliau akan berakhir pada hujung musim ini.

"Ada pemain yang membantu kami berada di sini sekarang," kata Guardiola. "Vincent adalah seorang daripada mereka."

Peningkatan prestasi Leicester sejak Brendan Rodgers mengambil alih pada Februari ketara pada Isnin sedang pasukan itu membuat City berusaha gigih untuk mendapatkan tiga mata yang diperlukan.

Sergio Aguero hampir-hampir menjaringkan gol pembukaan sebelum masa rehat dengan tandukan yang terkena palang gol dan kemudian ditepis oleh Kasper Schmeichel.

City kemudian meningkatkan rentak permainan selepas waktu rehat untuk mengasak bertubi-tubi benteng pertahanan Leicester.

City sekali lagi hampir meraih gol apabila Aguero mendapat umpanan bola di dalam petak penalti, namun Schmeichel sekali lagi mematahkan percubaan pihak lawan itu.

"Pada akhir musim ini kita akan berbincang dengannya," kata Guardiola mengenai sama ada kontrak Kompany akan diperbaharui.

"Beliau seorang manusia yang luar biasa, beliau banyak membantu saya sejak saya berada di sini." Kami sentiasa bergantung kepada kepimpinannya di padang."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan