Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gol Danny Ings benam bekas pasukannya Liverpool 1-0

 Jurgen Klopp mengakui bahawa Liverpool mengalami "tempoh berkarat" selepas tewas 1-0 di tangan Southampton yang sekali gus melanjutkan lagi tempoh tanpa kemenangan juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu kepada tiga perlawanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gol Danny Ings benam bekas pasukannya Liverpool 1-0

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 09:06AM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 09:11AM

SOUTHAMPTON, United Kingdom: Jurgen Klopp mengakui bahawa Liverpool mengalami "tempoh berkarat" selepas tewas 1-0 di tangan Southampton yang sekali gus melanjutkan lagi tempoh tanpa kemenangan juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu kepada tiga perlawanan.

Bekas penyerang Liverpool, Danny Ings menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan yang memberikan tiga mata penuh kepada Southampton dan meletakkan pasukan tuan rumah itu di tangga keenam liga.

Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl menitiskan air mata selepas wisel penamat ditiupkan.

Meskipun tewas, Liverpool kekal di tangga pertama liga menerusi kelebihan golnya yang mengatasi Manchester United, namun kini bermain lebih satu perlawanan berbanding Red Devils, yang akan bertandang ke Anfield pada 17 Januari.

"Ia tempoh berkarat yang perlu kita akui," kata Klopp, yang pasukannya kali terakhir gagal menang dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut pada Mei 2018.

"Hanya jika anda tahu masalahnya, barulah anda dapat menyelesaikan masalah tersebut, kami menyedarinya. Kami harus mengatasinya."

Kekalahan pertama dalam liga sepanjang tempoh tiga bulan mungkin akan mempercepatkan usaha Liverpool untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan semasa tempoh pemindahan pemain pada bulan Januari ini.

Tanpa Virgil van Dijk yang cedera, Joe Gomez serta Joel Matip, Klopp terpaksa menggunakan Fabinho dan Jordan Henderson untuk mengukuhkan benteng pertahanannya.

"Corak permainan kami yang hambar menyulitkan lagi tugas kami pada malam ini," kata Klopp.

Southampton juga kehilangan beberapa pemain utama dengan penjaga gawang, Alex McCarthy tidak dapat turun padang setelah diuji positif COVID-19 manakala Oriol Romeu, Jannik Vestergaard dan Che Adams semuanya cedera.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan