Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gol Cristiano Ronaldo Jaringan Terbaik UEFA musim ini

Sepakan akrobatik Cristiano Ronaldo ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, diundi sebagai jaringan terbaik musim ini oleh UEFA.com.

Anggaran Waktu Membaca:
Gol Cristiano Ronaldo Jaringan Terbaik UEFA musim ini

Ronaldo meraikan gol selepas berjaya menjaringkan 300 gol di La Liga. (Gambar: AFP / PIERRE-PHILIPPE MARCOU)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 09:02PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 09:05PM

AGENSI: Sepakan akrobatik Cristiano Ronaldo ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, diundi sebagai jaringan terbaik musim ini oleh UEFA.com.

Menurut Astro Awani, jaringan itu menerima sejumlah 200,000 undian daripada keseluruhan 346,915 undian yang diterima.

Ronaldo menggantikan rakan sepasukan di Juventus, Mario Mandzukic yang menang jaringan terbaik tahun lalu.

Sementara bagi tahun-tahun terdahulu, jaringan terbaik dimenangi Lionel Messi, tambah Astro Awani.

Ronaldo, pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or dalam reaksi kemenangan, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih jaringan beliau.

Astro Awani turut melaporkan, jaringan terbaik di tempat kedua jatuh kepada Dimitri Payet menerusi gol ketika pasukannya Marseille menewaskan RB Leipzig.

Tempat ketiga pula adalah milik Eva Navarro, ketika perlawanan akhir bola sepak wanita Eropah bawah 17 tahun Mei lalu.

Sejumlah 11 finalis dipilih pemantau teknikal UEFA bagi tempoh 12 bulan kategori berkenaan.

Hanya jaringan yang didaftar dengan kelab UEFA atau perlawanan antarabangsa layak dipertimbangkan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan