Images
  • takraw
    Salah satu perlawanan sepak takraw di Pesta Sukan 2019. (Gambar: Facebook/ Perses - Singapore Sepaktakraw Federation)

GetActive! S'pore anjur kembali Pesta Sukan bagi peringati dwiabad S'pura, warisan sukan tempatan

BERITAmediacorp: Pesta Sukan kembali dianjurkan pada tahun ini dan edisi kali ini akan menampilkan sebanyak 32 jenis sukan.

Pesta Sukan yang pertama kali diperkenalkan pada 1964 juga akan menampilkan beberapa jenis sukan yang popular pada masa lalu.

Salah satu daripada 32 sukan yang akan ditampilkan dalam pesta kali ini adalah sepak takraw yang sudahpun berjaya memikat seramai 385 peserta untuk mengambil bahagian.

Pertandingan yang diadakan tahun ini berlangsung selama sembilan hari dari 27 Julai hingga 4 Ogos.

Peringkat akhir pertandingan sepak takraw akan diadakan dari 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang di Dewan Sukan Heartbeat@Bedok pada Ahad, 4 Ogos.

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES) Abdul Halim Kader berkata: "Kemunculan semula Pesta Sukan 2019 ini berjaya menarik lebih 5,000 penonton untuk menyaksikan 385 pemain memperlihatkan bakat mereka. Dengan kerjasama Heartbeat@Bedok, saya ingin memperkenalkan kategori bukan Melayu pada edisi Pesta Sukan seterusnya, sekaligus mengeratkan lagi hubungan dalam masyarakat melalui kegiatan sukan yang sihat ini."

"Kami amat berbesar hati kerana landskap sukan di Heartbeat@Bedok sangat hebat sekali. Semangat kemasyarakatan sungguh kukuh sekali dan ini menyatukan pelbagai budaya. Sepak takraw sendiri adalah sukan yang kaya dengan sejarah," kata Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC East Coast Encik Lee Yi Shyan.

Menurut Encik Lee, pertubuhan-pertubuhan akar umbi akan terus bekerjsama dengan PERSES untuk menampilkan lebih ramai ahli sukan lelaki dan wanita dari pelbagai usia dan kaum untuk melibatkan diri dalam acara-acara sebegini. 

- BERITAmediacorp/RU/ru

Top