Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gelang lengan yang dicampak Ronaldo dilelong S$101,000 untuk amal

Gelang lengan kapten Cristiano Ronaldo dijual semasa lelongan amal dengan harga 64,000 euro (S$101,250) kepada seorang pembida yang tidak dedahkan namanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gelang lengan yang dicampak Ronaldo dilelong S$101,000 untuk amal

(Gambar: AFP/Pedja Milosavljevic)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 10:15PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 10:18PM

BELGRADE: Gelang lengan kapten Cristiano Ronaldo dijual semasa lelongan amal dengan harga 64,000 euro (S$101,250) kepada seorang pembida yang tidak dedahkan namanya.

Ronaldo menghempaskan gelang kaptenya itu setelah marah kerana Portugal dinafikan waktu tambahan menentang Serbia pada Sabtu.

Dengan beberapa saat sahaja tinggal dengan keputusan masih 2-2 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Belgrade, Ronaldo menyangka dia telah menjaringkan gol penting, ketika bola nampaknya melintasi garisan gol sebelum Stefan Mitrovic menolaknya.

Namun tanpa teknologi video digunakan, gol itu tidak diambil kira.

Ronaldo yang naik angin dilayangkan kad kuning atas bantahannya dan pada tiupan wisel tamat permainan, dia dengan marah berjalan keluar sambil menghempaskan gelang kaptennya di atas padang.

APA YANG BERLAKU PADA GELANG LENGAN TERSEBUT?

Seorang anggota bomba tempatan Djordje Vukicevic, yang bekerja di stadium itu, mengutipnya dan segera menghubungi sebuah saluran sukan serantau dengan idea melelongnya untuk amal.

Vukicevic memberitahu AFP pada Selasa (30 Mar) bahawa beliau mencadangkan mengumpul dana yang diperlukan untuk merawat seorang bayi berusia enam bulan, Gavrilo Djurdjevic, yang menderita sakit otot tulang belakang yang jarang dihidapi.

Penyakit yang menjejas kira-kira satu dalam setiap 10,000 kelahiran, dan mengakibatkan kematian atau perlunya bantuan pernafasan seumur hidup dalam 90 peratus kes dari usia dua tahun.

Setelah saluran sukan Sportklub mengesahkan kesahihan barang tersebut dengan memeriksa gambar dan video selepas perlawanan, mereka bekerjasama dengan sebuah badan amal dan menawarkan gelang lengan Ronaldo untuk dilelong di laman lelong Limundo.com.

Kos rawatan yang diperlukan bayi berkenaan adalah sekitar dua juta euro (S$3.16 juta) dan 64,000 euro (S$101,250) yang dikumpulkan di acara lelongan itu membentuk hanya sebahagian kecil daripada kos rawatan tersebut.  

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan