Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Gaya Samba' Willian makin menyerlah di bawah bimbingan Sarri

Pemain sayap Chelsea Willian yakin bahawa taktik permainan pengurus baru Maurizio Sarri yang menyerupai 'gaya samba' pasukan Brazil berjaya membantu para pemain mempamerkan prestasi yang lebih menyerlah di padang.

Anggaran Waktu Membaca:
'Gaya Samba' Willian makin menyerlah di bawah bimbingan Sarri

Pemain sayap Chelsea Willian melakukan 'gaya samba' dalam perlawanan antara Chelsea dengan Huddersfield Town. (Gambar: Andrew Yates/ Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 03:52PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 03:56PM

LONDON: Pemain sayap Chelsea Willian yakin bahawa taktik permainan pengurus baru Maurizio Sarri yang menyerupai 'gaya samba' pasukan Brazil berjaya membantu para pemain mempamerkan prestasi yang lebih menyerlah di padang.

Pemain Brazil berusia 30 tahun itu membantu N'Golo Kante menjaringkan gol pertama Chelsea dalam perlawanan menentang Huddersfield Town yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0 bagi pasukan dari London itu pada Sabtu (11 Ogos).

"Adakah ia lebih menarik untuk bermain dengan taktik sebegini? Saya rasa begitu. Kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti seperti Eden Hazard dan Pedro. Pemain seperti mereka mahukan rentak permainan yang menarik," kata Willian kepada ESPN.

"Itulah sebabnya beliau (Sarri) ingin mengetengahkan corak permainan yang menarik. Inilah yang kami cuba lakukan pada musim ini. Adakah ini mirip gaya samba Brazil" Inilah yang kami lakukan di Brazil dan cuba melakukannya di sini, bermain dengan corak permainan yang menarik."

Pemain sayap itu juga konfiden bahawa taktik Sarri akan membantu mengatasi rekod hambar Chelsea menentang Arsenal, di mana pasukan tersebut hanya berjaya mencatat satu kemenangan dalam lapan perlawanan di bawah bimbingan pengurus lalu, Antonio Conte, apabila kedua-dua pasukan itu turun padang pada Sabtu ini.

"Pengurus pasukan sudahpun memberitahu kami supaya bermain tanpa rasa ragu-ragu. Corak permainan kami kini berbeza, sebab itu kami boleh memporak-perandakan benteng pertahanan Arsenal," menurut Willian.

Sumber : Reuters/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan