Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gareth Bale dedah Real Madrid lebih hebat tanpa Cristiano Ronaldo

Gareth Bale berkata kelab bola sepak Real Madrid bekerja lebih sebagai pasukan sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gareth Bale dedah Real Madrid lebih hebat tanpa Cristiano Ronaldo

Gareth Bale semasa satu perlawanan bola sepak pada 15 September. (Gambar: Vincent West/Reuters)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 09:31AM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 09:35AM

MADRID: Gareth Bale berkata kelab bola sepak Real Madrid bekerja lebih sebagai pasukan sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu.

Juara lima kali Ballon d'Or itu berpindah ke Juventus dengan nilai £88 juta (S$140 juta), menamatkan kerjayanya selama tempoh sembilan tahun di ibu kota Sepanyol itu.

Menurut laporan Mirror UK, Ronaldo menjaringkan sebanyak 451 gol dalam 430 penampilan dan memenangi dua gelaran La Liga serta empat trofi Liga Juara-Juara Eropah semasa di Los Blancos. 

Penghijrahan Ronaldo membuka ruang kepada Bale, dengan memberikannya lebih banyak masa bermain untuk membuktikan kemampuannya kepada Real.

Bale mencatat tiga jaringan dan membantu dua gol dalam empat perlawanan musim ini, lapor Mirror UK.

Pemain, berusia 29 tahun, itu mendedahkan bahawa keadaan kini lebih santai di kelab itu selepas Ronaldo meninggalkan kelab tersebut, dan mengaku bahawa ia sudah berbeza.

Akhbar Mirror UK menukil Bale sebagai berkata: "Jelas sekali ia akan jadi sedikit berbeza berbanding mempunyai pemain berbakat besar di sana.

"Ya, ia mungkin sedikit lebih santai. Saya rasa terdapat lebih banyak kerja berpasukan, lebih banyak bekerja sebagai satu unit berbanding satu pemain," tambah beliau. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan