Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gabenor Tokyo ikrar Olimpik 2020 akan diadakan 'walau apa jua cara'

Temasya Olimpik yang ditangguhkan harus diadakan tahun depan "walau apa jua cara pun", kata gabenor Tokyo pada Rabu (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Gabenor Tokyo ikrar Olimpik 2020 akan diadakan 'walau apa jua cara'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Sep 2020 09:50PM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 09:57PM

TOKYO: Temasya Olimpik yang ditangguhkan harus diadakan tahun depan "walau apa jua cara pun", kata gabenor Tokyo pada Rabu (9 Sep).

Cik Yuriko Koike, menjadi pegawai terbaru yang menegaskan bahawa acara itu boleh dianjurkan walaupun adanya pandemik COVID-19.

Ucapan beliau di sebuah acara anjuran agensi berita Kyodo, itu dibuat setelah naib presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa John Coates memberitahu AFP bahawa Temasya itu akan berlangsung seperti dijadualkan pada 2021 "dengan ataupun tanpa COVID(-19)".

"Para atlit melalui banyak kepayahan ekoran penangguhan setahun kerana keadaan fizikal dan motivasi mereka disasarkan pada musim panas ini," kata Cik Koike.

"Kita perlu meneruskan Sukan musim panas tahun depan walau apa jua cara pun," tambahnya, semasa satu acara korporat untuk pelanggan agensi berita itu.

Tokyo akan "melaksanakan setiap langkah" untuk memastikan keselamatan acara itu, jamin Cik Koike.

Pada Selasa, menteri Olimpik Jepun juga berkata acara itu seharusnya diadakan tahun depan, memandangkan usaha atlit untuk bersiap sedia.
Olimpik 2020 ditangguhkan dalam satu keputusan bersejarah awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19, dan dijadual bermula pada 23 Jul 2021.

Bagaimanapun, sempadan Jepun masih rata-rata ditutup kepada pelawat asing dan pengeluaran vaksin mungkin mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan