Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula One dedah peraturan, kereta baru bagi 2021

Formula One mendedahkan peraturan dan reka bentuk kereta baru bagi 2021 bertujuan meningkatkan daya saing dan mengurangkan kos sukan lumba kereta itu selain menjadikan perlumbaan tersebut lebih menyeronokkan dan mesra alam sekitar.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula One dedah peraturan, kereta baru bagi 2021

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 12:32PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 12:34PM

TEXAS: Formula One mendedahkan peraturan dan reka bentuk kereta baru bagi 2021 bertujuan meningkatkan daya saing dan mengurangkan kos sukan lumba kereta itu selain menjadikan perlumbaan tersebut lebih menyeronokkan dan mesra alam sekitar.

Peraturan teknikal, kesukanan dan kewangan baru itu termasuk had perbelanjaan dan terhasil daripada rundingan dua tahun antara pihak-pihak berkepentingan merangkumi pasukan-pasukan F1, Persekutuan Sukan Bermotor Antarabangsa (FIA) dan pemegang hak komersil berpangkalan di Amerika Syarikat, Liberty Media.

Peraturan baru itu sebelum ini sebulat suara diterima oleh FIA dengan perbincangan diteruskan berhubung urus tadbir dan perkongsian keuntungan.

Ferrari, pasukan lumba kereta tertua dan paling berjaya menyatakan apa yang dipersetujui merupakan titik permulaan yang baik.

Perubahan pada kereta-kereta lumba F1 bagi tahun 2021 akan menampilkan pendekatan lebih aerodinamik, sayap depan lebih kemas dan tayar lebih besar.

Had perbelanjaan kini ditetapkan pada AS$175 juta (S$237 juta) bagi setiap pasukan.

Pengarah Urusan F1 bagi sukan bermotor, Ross Brawn mengakui kelajuan kereta-kereta baru itu adalah kira-kira tiga saat lebih perhalan setiap pusingan tetapi secepat kereta F1 2016 dan pergerakannya mudah disusul dan dipotong.

Presiden FIA Jean Todt, bercakap menerusi pautan video dari Geneva berkata peraturan 2021 itu melambangkan "usaha kolaboratif" dan "lembaran baru bagi Formula One."

Beliau menambah pertimbangan persekitaran adalah ciri penting bagi badan induk sukan itu.

Mulai 2021, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kandungan bahan bakar yang boleh diperbaharui kepada dua kali ganda iaitu 20 peratus dengan rancangan untuk meningkatkannya dalam tahun-tahun mendatang.

"Formula One sudah mempunyai enjin paling cekap tenaga di dunia, dan kami akan terus berusaha membangunkan teknologi dan bahan bakar baru untuk mengatasi kemampuan itu," katanya.

Sukan itu akan terus menggunakan engin hibrid turbo V6 sedia ada yang diperkenalkan pada 2014 setelah membubarkan rancangan untuk menukarnya. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan