Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula E: Pemandu Switzerland, Sebastien Buemi muncul juara

Pemandu Switzerland, Sebastien Buemi meraih kemenangan pertama dalam sukan lumba Formula E musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula E: Pemandu Switzerland, Sebastien Buemi muncul juara
Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:15PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 09:23PM

NEW YORK: Pemandu Switzerland, Sebastien Buemi meraih kemenangan pertama dalam sukan lumba Formula E musim ini.

Buemi mendahului para pelumba lain sejak dari awal lagi, dalam perlumbaan kedua terakhir yang dicemari banyak kemalangan.

Pendahulu senarai pemandu, Jean-Eric Vergne juga kecundang selepas terlibat dalam satu pertembungan.

Buemi pada mulanya diberikan tekanan oleh Alexander Lynn. Namun, kerosakan teknikal pada kereta Panasonic Jaguar-nya memaksa Lynn berhenti dalam separuh pertama perlumbaan.

Rakan sepasukannya Mitch Evans kemudian mengekori Buemi untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pemandu BMW Andretti, Antonio Felix da Costa meraih tempat ketiga. Keputusan itu meletakkan Grassi, Evans dan Buemi dalam kedudukan cerah untuk merangkul kejuaraan kali ini.

Pemenang akan ditentukan dalam perlumbaan penentuan pada Ahad (14 Jul) waktu tempatan.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan