Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 4 Asia Tenggara bakal diadakan di Litar Sepang

Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bakal mengumumkan kalendar perlumbaan 2020 baru yang dipendekkan dengan semua perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 4 Asia Tenggara bakal diadakan di Litar Sepang

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 May 2020 09:43AM Dikemas Kini : 13 May 2020 09:44AM

KUALA LUMPUR: Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bakal mengumumkan kalendar perlumbaan 2020 baru yang dipendekkan dengan semua perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Pengumuman rasmi itu akan dibuat selepas mendapat persetujuan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan disiarkan di laman web formula4.asia, media sosial serta di FIA.com.

Menurut F4 dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Mei), sebanyak 16 perlumbaan dicadangkan dalam kalendar Kejohanan F4 SEA dengan menampilkan empat pusingan di Sepang untuk mengurangkan risiko, dengan kos efektif sebanyak Euro 40,000 (S$61,600).

“Peminat tidak ketinggalan menyaksikan aksi kerana perlumbaan akan disiarkan secara langsung di rangkaian FOX dan laman web baru kami, begitu juga dengan media sosial yang sentiasa dikemas kini,” menurut promoter F4 SEA, Peter Thompson.

Sejak empat tahun lalu, bahagian Asia Tenggara kejohanan FIA F4 tertumpu kepada menghasilkan wira sukan permotoran Asia dan antarabangsa.

Untuk tahun 2021, F4 SEA merancang untuk meluaskan pencapaian dan mempromosikan kemahiran Malaysia ke wilayah baru, kembali semula kepada format 10-12 dan menyiarkan sekurang-kurangnya 40 perlumbaan di rangkaian global.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan