Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 1: Vettel catat masa terpantas latihan akhir GP Itali

Sebastian Vettel menyempurnakan prestasi baik Ferari di latihan Grand Prix Itali pada Sabtu (7 Sep), lantas memberi peluang cerah bagi kemenangan pertama di litar sendiri sejak 2010 bagi pasukan paling tua dan gemilang Formula One itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 1: Vettel catat masa terpantas latihan akhir GP Itali

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel semasa latihan di litar GP Itali pada 7 Sep (Gambar: Reuters/Massimo Pinca)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 09:59PM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 10:04PM

MONZA, Itali: Sebastian Vettel menyempurnakan prestasi baik Ferari di latihan Grand Prix Itali pada Sabtu (7 Sep), lantas memberi peluang cerah bagi kemenangan pertama di litar sendiri sejak 2010 bagi pasukan paling tua dan gemilang Formula One itu.

Selepas pelumba sepasukan Charles Lecrerc, 21 tahun, mendahului dalam dua sesi latihan pada Jumaat, Vettel yang sedang mengejar kemenangan pertamanya dalam masa lebih setahun, mencatatkan nama di tempat teratas carta masa.

Vettel menamatkan litar Monza dengan masa terbaik satu minit 20.294 saat, dengan Max Verstappen dari Red Bull di tempat kedua, mencatat masa 0.032 saat lebih perlahan.

Bagaimanapun Verstappen, yang menjuarai dua perlumbaan musim ini, akan bermula pada petak terakhir setelah menukar enjin.

"Pasti seronok menonton sesi kelayakan ini kerana mustahil untuk menentukan siapa yang akan mendapat petak pertama," juara 2016 Nico Rosberg berkata kepada Sky Sports.

Lewis Hamilton, juara litar Itali tahun lalu, memburu rekod kemenangan keenam di litar tersebut.

Sesi latihan akhir disingkatkan 10 minit untuk memberi laluan kepada para pegawai membetulkan kerosakan di hadangan dan pagar-pagar akibat kemalangan melibatkan pemandu F3 Alex Peroni awal sebelum itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan