Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 1: Red Bull gugurkan kakitangan susuli penemuan mesej berbaur perkauman

Pasukan pendahulu Formula One, Red Bull menggugurkan seorang kakitangan setelah menemui kiriman-kiriman mesej berunsur perkauman, dedah pasukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 1: Red Bull gugurkan kakitangan susuli penemuan mesej berbaur perkauman

Sebastian Vettel (Ferrari), Antonio Giovinazzi (Alfa Romeo) dan Max Verstappen (and Red Bull) memakai kemeja-T 'End Racism' sebelum perlumbaan Grand Prix Hungary. (Gambar: Mark Thompson/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 09:49AM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 09:52AM

REUTERS: Pasukan pendahulu Formula One, Red Bull menggugurkan seorang kakitangan setelah menemui kiriman-kiriman mesej berunsur perkauman, dedah pasukan itu.

Syarikat televisyen Sky Sports melaporkan seorang anggota pasukan yang tidak didedahkan namanya itu menggunakan bahasa berbaur perkauman dalam kiriman mesej peribadi, yang terbongkar setelah dimuat naik ke media sosial.

Laporan itu menyatakan individu berkenaan bukanlah anggota pasukan litar yang berprofil tinggi.

"Kami mengecam penganiayaan perkauman dalam bentuk apa sekali pun. Kami mengambil pendekatan tidak bertolak ansur sama sekali terhadap tingkah laku perkauman. Individu yang dimaksudkan itu bukan lagi seorang kakitangan Red Bull Racing," menurut pasukan itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tiada perincian yang diberikan.

Red Bull dan Max Verstappen sedang mendahului kejuaraan dan bersaing sengit dengan Mercedes dan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Hamilton, satu-satunya pelumba berkulit hitam dalam sukan itu, menjadi sasaran penganiayaan perkauman setelah bertembung dengan Verstappen di Grand Prix Britain bulan ini.

Kejadian semasa pusingan pertama itu menyebabkan Verstappen tersingkir daripada perlumbaan sementara Hamilton menang. Pasangan pelumba itu kini hanya dipisahkan dengan lapan mata menjelang Grand Prix Hungary hujung minggu ini, iaitu perlumbaan ke-11 musim ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan