Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 1: Leclerc catat masa terpantas dalam latihan akhir Grand Prix S'pura

 Charles Leclerc meletakkan Ferrari di tangga atas dengan pusingan terpantas dalam sesi latihan peringkat akhir bagi Grand Prix Singapura (21 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 1: Leclerc catat masa terpantas dalam latihan akhir Grand Prix S'pura

(Gambar: Thomas Peter/Reuters)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 11:26PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 11:32PM

SINGAPURA: Charles Leclerc meletakkan Ferrari di tangga atas dengan pusingan terpantas dalam sesi latihan peringkat akhir bagi Grand Prix Singapura (21 Sep).

Charles Leclerc yang memulakan perlumbaan pada hujung minggu ini dengan prestasi baik setelah dinobatkan juara di Belgium dan di Itali, menamatkan satu pusingan dalam masa 1 minit 38.192 saat di litar Marina Bay.

Dengan itu, beliau 0.207 saat lebih pantas berbanding juara dunia Formula One Lewis Hamilton, yang berada di kedudukan kedua.

Warga Britain itu yang mendahului rakan pasukannya Valtteri Bottas sebanyak 63 mata dalam kedudukan keseluruhannya dan terpantas pada Jumaat, terbabas ketika hendak meninggalkan pit.

Beliau kemudian terpaksa membatalkan percubaan awalnya di pusingan pantas apabila beliau berada di belakang kereta-kereta yang lebih perlahan.

Juara dunia sebanyak lima kali kini di tengah-tengah para pesaing Ferrari dengan masanya mendahului Sebastian Vettel yang menduduki tangga ketiga, 0.619 saat lebih perlahan daripada Leclerc.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan