Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Formula 1: Hamilton akhiri musim ini dengan kemenangan

Juara dunia F1 sebanyak enam kali, Lewis Hamilton mengakhiri musim ini dengan kemenangan di Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad (1 Dis), yang juga adalah perlumbaannya yang ke-250.

Anggaran Waktu Membaca:
Formula 1: Hamilton akhiri musim ini dengan kemenangan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 12:31PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 12:34PM

ABU DHABI: Juara dunia F1 sebanyak enam kali, Lewis Hamilton mengakhiri musim ini dengan kemenangan di Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad (1 Dis), yang juga adalah perlumbaannya yang ke-250.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen menduduki tempat kedua dalam perlumbaan itu sekali gus meraih tempat kedua dalam kejuaraan. Pemandu Ferrari, Charles Leclerc pula menduduki tempat ketiga perlumbaan namun ini mungkin dibatalkan kerana masalah tentang pengisian minyak.

Di tempat keempat adalah rakan pasukan Hamilton dari Mercedes, Vallteri Bottas.

Kemenangan ke-84 dalam kerjaya Hamilton itu adalah ke-5 di Abu Dhabi dan ke-11 dalam musim ini.

Hamilton turut mencatatkan masa pusingan terpantas. 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan