Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Forca Barca! Laporan Bergambar aksi pemain S’pura di Piala Dunia Akademi Barca 2019

Piala Dunia Akademi Barca 2019 berlangsung dari 15 hingga 19 April di Barcelona, Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Piala Dunia Akademi Barca 2019 berlangsung dari 15 hingga 19 April di Barcelona, Sepanyol.

Singapura diwakili 45 anak didik akademi tersebut yang berusia antara 6 hingga 14 tahun.

Wartawan kami Muhammad Izwan Ohtman dan Said Mahadi Said Iziddin bawakan Laporan Bergambar ini yang memaparkan kegiatan para pemain Singapura di dalam mahupun luar padang.

Pembukaan rasmi Piala Dunia Akademi Barca 2019 diadakan di Miniestadi pada 15 April lalu. (Gambar: Razi Salam)

Wakil dari Akademi Barca Amerika Syarikat di upacara perasmian Piala Dunia Akademi Barca 2019. 

Lebih 2,000 pemain dari merata dunia berhimpun di Miniestadi bagi upacara perasmian Piala Dunia Akademi Barca 2019.

Pasukan Bawah 8, 10, 12 dan 14 Tahun Singapura berjuang hebat di padang bagi membanggakan tanah tumpah darah mereka.

Pasukan Bawah 12 Tahun mendengar dengan teliti strategi jurulatih.

Amir dari Pasukan Bawah 14 Tahun cuba merampas bola dari pasukan lawan. 

Aksi Pasukan Bawah 8 Tahun.

Pasukan Bawah 12 Tahun sebelum perlawanan bermula.

Audi, penjaga gawang Pasukan Bawah 8 Tahun, sebak selepas perlawanan mencabar menentang pasukan tempatan.

Forca Barca!

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan