Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Firmino yakin prestasi Liverpool dalam saingan Liga Perdana England

Bintang bola sepak Liverpool, Roberto Firmino, memberi amaran kepada pasukannya supaya jangan berpuas hati walaupun Liverpool kini berada di tangga teratas Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Firmino yakin prestasi Liverpool dalam saingan Liga Perdana England

Roberto Firmino meraikan jaringan gol ketiga Liverpool di perlawanan Liga Perdana menentang Burnley di Anfield. (Gambar: Paul ELLIS/AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 05:12PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 05:13PM

SINGAPURA: Bintang bola sepak Liverpool, Roberto Firmino, memberi amaran kepada pasukannya supaya jangan berpuas hati walaupun Liverpool kini berada di tangga teratas Liga Perdana England.

"Kami bermula dengan sangat baik, kami memainkan peranan kami tetapi ia belum lagi berakhir. Adalah penting untuk selalu kekal fokus, teruskan kerja keras dan beraksi sehingga ke hujung Liga Perdana dengan harapan untuk merangkul gelaran juara," ujar Firmino.

Dalam wawancara ekslusif dengan CNA, Firmino memberi pujian kepada pengurus Jurgen Klopp kerana mengubah Liverpool menjadi kelab yang memberi saingan untuk menjadi juara.

Firmino berada di Singapura bersama pasukan Brazil untuk beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di Hab Sukan minggu ini.

Bersama pemain-pemain pilihan seperti Neymar dan Gabriel Jesus, Brazil dijangka bermain dalam dua perlawanan menentang Senegal dan Nigeria.

Brazil merupakan juara dunia sebanyak lima kali. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan