Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Firmino dijangka kembali ke padang dengan The Reds bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Pemain penyerang Liverpool, Roberto Firmino dijangka berada pada tahap kercergasan memuaskan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham, selepas beliau menjalani semula latihan bersama kelabnya di Marbella.

Anggaran Waktu Membaca:
Firmino dijangka kembali ke padang dengan The Reds bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 May 2019 08:56AM Dikemas Kini : 22 May 2019 09:06AM

LONDON: Pemain penyerang Liverpool, Roberto Firmino dijangka berada pada tahap kercergasan memuaskan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham, selepas beliau menjalani semula latihan bersama kelabnya di Marbella.

Firmino terlepas beraksi dengan Liverpool semasa tiga perlawanan terakhir Liga Perdana akibat kecederaan paha.

Namun pemain antarabangsa dari Brazil itu dapat menyertai sesi pertama kem latihan pada Selasa menjelang perlawanan akhir, mencerahkan peluangnya untuk bermain menentang Tottenham di Madrid pada 1 Jun.

Firmino ialah pemain pertama yang tiba di pantai selatan Sepanyol itu bagi beberapa sesi perseorangan dengan para kakitangan pemulihan dan jurulatih kekuatan.

Setelah gagal menjulang Liga Perdana, pasukan 26-orang kendalian Jurgen Klopp kini berada di Marbella selama enam hari sebelum kembali ke England untuk persiapan terakhir bagi memenangi Piala Europa keenam untuk Liverpool.

"Roberto Firmino hari ini berlatih bersama rakan-rakan sepasukannya selepas mengalami ketegangan otot yang menyebabkannya tidak dapat beraksi dalam tiga perlawanan terakhir Liverpool," menurut kenyataan di laman web Liverpool.

"Pemain Brazil itu menyertai sesi pertama The Reds di kem latihan Marbella pada pagi Selasa sedang beliau beransur pulih ke tahap kecergasan sepenuhnya.

"Firmino telah bekerjasama dengan kakitangan perubatan kelab bagi pemulihannya dan penyertaannya kembali kepada latihan penuh sepasukan akan dikendalikan dengan teliti di bawah pengawasan mereka, dengan program khusus yang dirancang pada beberapa hari mendatang."

Turut termasuk dalam kumpulan Liverpool ialah pemain tengah dari Guinea, Naby Keita, yang sedang pulih daripada masalah pangkal paha yang serius yang dialaminya tiga minggu lalu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan